Wednesday, 12 June 2013

Hari peperiksaan yang cinabeng

Assalammualaikum

Suasana sepi menyelubungi segenap pelosok rumah sewa gua.
Cicak-cicak pun tidak mengecak, cuma berbahasa isyarat sesama mereka.
Maklumlah malam Jumaat, semua pakat study keras-keras. Esok test.

Saja mahu kasitahu sama lu orang,
Universiti gua ada satu hobi pelik yang mana
peliknya mengalahkan pelik hobi si Bobo yang suka memparodikan lagu orang.

Jadi, hobi pelik universiti gua adalah;
mengadakan ujian pada setiap minggu, di hari Jumaat.
Memang menangis juga lah zaman tu, tiap minggu ada exam beb,
lebam otak gua.

Tapi, itu malam, gua tidak study,
gua memang seorang pelajar yang power,
di mana gua study di awal minit,
jadi malam itu menjadi malam yang tenang-tenang saja untuk gua menonton drama Adamaya yang dah gua muat turun siap-siap dari internet.



Drama Adamaya ni popular lah jugak itu zaman.

Selesai menonton drama suka ramai Adamaya,
bontot montok ini gua angkat menuju ke meja gosok.
Gua cadang esok nak pakai baju melayu, baru syok nak ambil exam sebab..
Cikgu Shafrin, cikgu sekolah menengah gua pernah berpesan, "kalau nak menghadapi peperiksaan pakai lah pakaian terbaik kamu malah spenda terbaik kamu. Pakailah, pakailahhh".
Itu ajaran beliau, jadi gua ikutkan sahaja.

Gua gantung kemas baju melayu yang sudah disetelgosokkan tadi.
Sambil menggantung baju, hati gua main getus-getus:
"esok, mesti gua dapat jawab exam dengan cemerlang dan
awek-awek pasti akan mengusya-usya gua berbaju melayu" kehkeh.
Gelak sendiri gua semacam mengidap penyakit otak, skizophrenia atau bipolar dua.


**

Pagi itu, seperti biasa, ayam tidak berkokok, bukan apa, area Cyberjaya, mana ada orang bela ayam. Takkan nak harapkan negro2 dekat sini bela ayam?

Jadi selesai cerita ayam tidak berkokok pagi itu.

Yeargh, lain macam gua punya segak mengenakan baju melayu.
Ini, kalau Jalaluddin Hassan tengok, mau dibuat gua anak menantu.
Entah dia ada anak perempuan ke tidak, itu lain cerita.

Ketampanan gua berbaju melayu terbukti apabila, baru sahaja gua turun dari kereta ada seorang awek yang nama Didie, tegur "huyoh, baju melayu".
Tanpa menoleh, gua berlalu pergi.
Gua sebenarnya, malas nak layan teguran awek tadi, bukan apa,
adat lelaki kota, mana layan gadis yang main tegur sembarangan macam ni.
ok, mcm cibai ayat ni. kahkahkah

feeling dia ada ala-ala majlis red carpet bro
(entah kenapa gua lukis awek2 kolej gua berambut blond, kahkah)

Jadi, kaki gua menyusun langkah menuju dewan peperiksaan.
Dalam perjalanan tu, sekali lagi, gua ditegur,
"Shawn, smart baju melayu? sat lagi p smayang jumaat sama-sama ok?"
Jerkah Salleh sambil kekeh-kekeh kecil.

Dada gua panas lain macam.
Apa fasal lelaki pun menegur ketampanan gua.
Hati gua jadi kurang sedap. Gua perati ke sekeliling perlahan-lahan.
Sah, tak ada orang lain pakai baju melayu.
Sah, gua seorang je yang pakai baju melayu.
Dan gua fikir balik,
SAH hari ni bukan hari Jumaat.
Jembalanggggggg!
harini hari Khamis. Khamis!
Cinabeng!

Gua masuk jugak dewan exam,
lengan baju melayu gua lipat, sinsing sampai ke siku.
konon baju lengan pendek.
untuk efek gambar ini, sila pakai cermin mata 3D

Sekali lagi, hati gua meronta, cinabeng!

p/s: gua lupa, minggu tu, exam dah diawalkan ke khamis
p/s2: ruang komen dah elok, rajin2 lah klik ye :)

shawn razaleigh


Saturday, 1 June 2013

Ini Brotherhood dalam asrama

Assalammualaikum

Ya, betul.
Dah 3 bulan gua tak update blog.
Makanya, dengan ini, gua kasi chance untuk lu orang maki hamun gua selama tiga jam.
Tiga jam adalah satu tempoh yang lama,
jadi gunakanlah ia dengan maki hamun yang power2.
Banyak sikit pahala gua hendaknya. kahkahkah

Baik.. Tiga jam anda bermula sekarang.....



























Tetttt. Ok selesai tiga jam sesi caki maki,
kemain lama makinya ya?

Baiklah, lupakan hal tak update blog.
Teruskan dengan entry.
Cerita entry harini adalah kesinambungan entry gua kena gantung asrama.


"Shawn, Cipon, Khalid!' masih segar kedengaran suara Ustaz Khai memekik nama-nama kami.
"Jumpa saya di bilik warden." ujarnya.

"Sah, kantoi dah kita ni" Cipon bersuara risau.

Sebelum menuju ke bilik warden, untuk mengelakkan diri dari dikenakan tindakan disiplin;
sebuah jalan cerita telah direka kemas oleh kami bertiga.

Sebenarnya, gua sikit pun tak risau.
Sebab kawan gua yang nama Cipon kata brotherhood asrama tu ini macam;

"Pe'el budak asrama,
susah senang bersama.
biar pecah diperut jangan dimulut,
kalau muka pecah tu, belakang ceritanya saudara."

Pergh ayat dia menangkap sanubari gua.
Kalau kasi ayat dia ni dekat M.Nasir mau jadi lagu siulan rakyat ni.


Sesudah itu, ketiga-tiga kami berkumpul di luar pintu bilik warden.
Masing-masing dah hafal skrip nak menipu sekejap lagi.

Gua, orang pertama kena panggil masuk bilik warden
Soal siasat dimulakan. 5 orang warden gua hadap itu malam.
20minit sesi soal siasat dijalankan ke atas gua.
Habis semua warden gua tipu dalam tu beb. kahkah


Selesai sudah siasatan, gua keluar rakus-rakus, mendapatkan rakan seperjuangan.
Muka riak yang tiada sudah gua lontarkan ke mereka. Saja nak tunjuk eksen ke kawan gua lagi dua orang tu. kahkahkah

Kemudian giliran Cipon pula dipanggil masuk.
Selang 2 minit, beliau keluar.
Gua naik hairan. Apa fasal sekejap sangat?
Anak mata gua jatuh pada muka cipon. Gua pandang dalam-dalam minta jawapan solid.
Cipon kembali pandang gua, sambil tunjuk isyarat sembahyang India tanda sorry.

Amboi, ini adalah cilakak!


Warden panggil nama gua semula.
"Terel hang menipu?"
gua kena bantai dengan serius malam tu

cilakak. brotherhood asrama konon.

r k g fb like

r k g