Friday, 31 August 2012

Dirompak.

Assalammualaikum para pembaca dan para2 sakura

Cerita raya,

Tahun ni punya raya, pergi dia lain macam sikit.
Yelah kali pertama beraya sebagai orang tua.
Tahun sebelum2 ni pun tua juga, tapi gua gunakan teknik penyamaran.
Gua kerat janggut. Nampak muda. Sungguh.

Tahun ni gua tak kerat janggut sebab awek gua suka janggut ni.
Jadi gua tak kerat. Aset beb. Aset. *gedik
Walaupun sedemikian rupa,
Alhamdulillah, tahun ni gua masih dapat duit raya,
tapi kadar penurunannya agak curam. Gaung..

Teringat gua pada Fika, sepupu gua, umur baru 17tahun, seorang pelajar matrik.
Pelajar matrik
Pelajar matrik
Pelajar matrik. Pelajar matrik woih!
Sengaja gua ulang banyak kali, kasi lu orang faham bahawa fika ni seorang pelajar.
Haha ya, memang jilaka, seorang yang berstatus pelajar kasi gua duit raya.
Mana gua nak letak muka hemsem gua ni. hahaha. jinabeng betul.

fikaya

Ini mungkin sebuah bentuk penghinaan terhebat pernah gua dapat 2012 ni. Jadah mana dia dapat duit?
Fikiran jahat mula belegar2 di otak kanan dan kiri gua.
Gua teka dua je, sama ada betul beliau menghina gua atau beliau merompak bank.
Merompak bank mungkin tuduhan berat, ah pedulik apa gua.


Baiklah kita tinggalkan dahulu kisah Fika si perompak bank tadi.

Bercerita fasal duit raya, mesti lu orang syak gua tak matang.
jadi kita tukar cerita duit raya ke cerita angpau. awrr

fighter duit rayawrr

***cerita seterusnya***

Gua pergi rumah tok sedara gua.
Dah nak balik tu kami adik beradik beratur panjang di dahului along gua. Nak salam tok sedara.
Gua di barisan terakhir.
Masing2 cuba buat muka paling muda dengan harapan tok tertipu,
lantas menghulurkan duit rm50 setiap seorang.
Tu bayangan kami lah. Hmm mungkin bayangan gua sorang kot. kah3

Along gua tewas, Tok gua tak tertipu. tak cukup babyface barangkali.
Adik gua punya giliran, lulus, walhal umur dah 21.
Makin berdebar gua.
Tiba giliran gua, antara bagi tak bagi. Tok sedara gua pandang lama. Gua tenung balik.
Dengan tenungan kanak2 belum baligh.
Sesekali gua kenyit2kan mata gua, tujuan menggoda. awrr

Sekarang masing2 tak berkelip mata.
Berair.
Pedih.
Tok seluk poket seluar. Nampak macam nak keluarkan angpau.
Gua dah rasa bahang kemenangan.
Gua perati,
lama betul tok gua seluk seluar. Bergerak2 pula tangan tok sedara gua dalam seluar.

Tok sedara keluarkan tangan, tiada angpau.
Argghhh, garu TELO rupanya beliau. Panas lemas berlengaih mungkin.

Tok sedara hulurkan tangan beliau tadi ke gua.
Gua keliru. Nak salam ke tak.
*lagu keliru nurul dan ajai tiba2 berkumandang tanda respek sama jiwa gua yang tersepit.


Begitulah ceritanya gua dirompak.



Shawn Razaleigh

Tuesday, 14 August 2012

Entry Raya: Wowowoh Balik Kampung~

Assalammualaikum

Semua diam.
Tirai pentas dibuka.
Penonton bersorak gembira.
Tiada hero di atas pentas.
Penonton melontar riak hampa.
7.4 saat. Sunyi. Senyap. Sepi.

Tiba-tiba,
Seorang hero turun dengan tali
dari bumbung stage.
Pakej lengkap.
Gaya. Mutu. Keunggulan.
Penonton kembali bersorak gembira.
Tidak kurang juga yang melopong, ternganga
Lampu dihalakan ke hero tadi.
Shawn Razaleigh rupanya.
Royal Albert Hall makin gamat.

kahkahkahkakah.
Shawn Razaleigh, turun dari bumbung tanpa bantuan stuntman (BUKAN gambar hiasan)

Haha. ok2.
Lupakan intro berangan tadi. Gua sebenarnya nak buat simple entry untuk raya ni.
7hari lagi. Awrrr
Hmm tahun ni InsyaAllah gua balik kampung dekat Batu Pahat, Johor.
Siapa2 yang ada area situ boleh lah roger2,
kot2 nak bagi duit raya ke kann? kihkihkih

Apa tajuk entry tadi?*pelupa (scroll atas balik)
Ok, "Balik Kampung" tajuk entry gua.
Ya, perasaan balik kampung ni seronok.
Sebuah seronok yang lain macam sikit.
Lagi2 bila tengah drive tu,
tiba2, radio keluar lagu raya, "balik kampung, sudirman"




Sebenarnya, gua suka part chorus lagu ni ja. Boleh jerit2. Awrrr
wowowoh balik kampung, wowowowoh balik kampung,
wowowowoh balik kampung. hati girang~






lagu pencetus eksiden


Baiklah luorang semua,
Hati2 balik kampung. Selamat Hari Raya.
Tapi raya sekarang dah kurang meriah lah.
Pagi raya semua duk tgk tv. Takpun main ifon,ipad,ipod,iloveu,isetan.
Nokarom betoi.

P/s: Lagu balik kampung ni sumpah boleh buat eksiden. Menjerit kemain dalam kereta. kah3.
p/s 2: Untuk tips elak kemalangan boleh baca blog ni, best2 ZoneZyra
Shawnrazaleigh

r k g fb like

r k g