Monday, 30 July 2012

Imaginasi Shawn Razaleigh: Gua Seketul Ultraman Belimbing. Awrr

Assalammualaikum

Ok,
Malas bergerak
Malas update blog
Malas bernafas
Malas menunggang kuda, melastik burung dan menyumpit lalat.
semua gua malas.
Malas sembang banyak bulan puasa ni.

Suara berbisik:
"ahemm, tak puasa pun lu malas jugak shawn. Awrrr~".
*sisi gelap gua bersuara (gua sisi cerah)

Hmmm. Tiba2 rasa macam gua membebelkan diri sendiri.

Baiklah, sekarang, tinggalkan gua dengan sisi gelap gua.
Kembali pada entry.


Pada suatu masa dahulu...



bertukar 
Dahulu. Setiap kali makan belimbing adegan sama akan berulang. kahkahkah. Awrr
Imaginasi menjadi ultraman bintang memang power. kehkehkeh

Shawn Razaleigh
berpernah menjadi kecil tiada runsing
kini, masih kecil tapi sarat pusing
berkali2 di titiktitik genting
sekarang tiap poin penyambung dilihat penting

Dulu tiada kesah
lumpur lecak semua gua redah
langgar semua tidak sudah
persepsi, imaginasi pergi jauh,kadang sampai ke negeri Kedah

Main tiap masa
jatuh, rebah, tegak semula
lutut luka itu biasa
buh ubat kuning menangis manja

dewasa sebuah proses yang langsung tidak menggiurkan.
setiap detik jarum meninggalkan jauh semua kenangan.

p/s: kawan terbaik gua dulu; bonda, 
       permainan tercantik gua dulu; imaginasi.

Shawn Razaleigh

Sunday, 22 July 2012

Gua terhidu bau makanan istimewa daripada dapur. Awrr

Assalammualaikumm
Assalammualaikumm
Assalammualaikumm

Sempena minggu pertama puasa ni, sengaja gua bagi salam tiga kali.
Kunun nak buat efek islamik.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna~~
*lagu Raihan feat Man Bai berkumandang di segenap ruang blog gua

Baiklah.
Bagi gua secara senangnya puasa ada tiga fasa
1. sahur
2. lapar
3. buka

Fasa satu selesai dengan jaya.
makan tidak hebat mana.
Tapi perasaan gembira itu ada bila dapat bersama keluarga.

Sekarang gua mengalami  kedua. Fasa lapar.
Perut berbunyi lagu yang bukan2.
Keroncong bukan sembarangan, keroncong untuk ana gua teka.


Jam.
Pukul 530petang.
2 jam kurang lebih sebelum fasa 3. Fasa buka.
Mak gua dah mula menguji perut gua. Bau2 menarik keluar dari dapur.
Tidak memahami perasaan anak beliau ke apa mak gua ni.






Menghayati.
Gua pejam mata. 
Rapat2. Ketat2. Padat2. 
Gua cuba meneka bau apa.
Bau ikam sambal gua teja (memang ada typo sebab kan gua dah cakap gua pejam mata)

Mata dibuka.
Adik perempuan gua kat sebelah gua buat mata kecik. Curious gila gayanya.
Pelik dengan tindakan gua menutup mata tadi barangkali.


Buat apa? jerkah beliau
Jangan sebok. kau tak puasa.  Gua tuduh beliau secara melulu *emo perut lapar.


Untung perempuan.
ada masa-masanya tidak perlu melalui ketiga-tiga fasa.


Selamat berbuka dan berpuasa buat yang puasa
Mak gua selau pesan
kalau tak puasa tapi kacau orang berbuka
nanti tumbuh tanduk.
gua dulu suka. sebab boleh gua sondol adik2 gua guna tanduk tu. kahkahkah.



p/s: mari bersahabat dengan ramadhan
p/s 2: ya, aku tahu puasa bukan ada tiga fasa je :)
Shawn Razaleigh

Sunday, 15 July 2012

Tips temuduga versi awrrrr

Assalammualaikum

Nama gua Shawn Razaleigh
Seorang blogger tak power
Gua pelajar perubatan tahun 4
Sama macam fatin liyana, pelajar perubatan. Tapi dia blogger power. Gua tidak. 'Tidak' yang jauh dari perkataan ya.

Gua cukup tak faham,
Kenapa ramai yang tak percaya yang gua ni student medik.
Ya, gua sentap ni. (tiba2 emosi)

Pernah satu ketika, gua lepak kedai makan dengan kawan2, semua budak medik.
Makcik kedai cakap kat gua
"Hang sorang ja takdak rupa budak medik"
"Abes rupa apa makcik?"
"Hang rupa artis rock"
Gua teka itu adalah satu penghinaan hakiki. Tapi gua degil. Gua tetap anggap itu satu penghargaan. Dipanggil artis dikalangan kawan2 gua, itu awesome. *itu cibet sbnrnya

Sekarang intro gua dah panjang.
Lu orang jangan kesal pula membaca.
Gua janji, bahagian isi gua akan pendekkan.

Baik, dekat mana kita tadi?
Ok dekat pelajar perubatan.
Ya, belajar medik ni memang lama.
Lagi lama dari berak keraih.
Dan lagi lama dari beratur panjang beli tiket wayang cerita avengers.

Kalau nak ikutkan umur gua,
Kawan-kawan sesekolah gua semua tgh tunggu nak kerja.
Tengah tunggu interview.
Gua jauh lagi dari situ.
Tapi gua suka tips.
Gua nak bagi tips dekat lu orang. cemana nak jawab soalan2 lazim interview (akhirnya masuk jugak part isi entry.kahkahkah. awrrr!)


Soalan2 lazim interview dan tips jawapan


Soalan 1: ceritakan tentang diri anda?

ceitakan mengenai diri anda tidak lebih 120 patah perkataan.

Ni soalan pebret. Senang. Time sekolah dulu selalu buat karangan macam ini. tapi agak janggal bila setiap ayat dimulakan dengan saya. Saya ada 5 orang adik beradik. Saya anak kedua. Saya suka mengumpul setem. Saya blablabla. Awrrr!


Soalan 2: dalam 5 tahun apa target anda?

Untuk soalan macam ni, pastikan jawapan lu nampak macam bercita2 tinggi. Elakkan menjawab dengan begini,
"5tahun lagi saya nak pegang jawatan ketua cleaner".
Ketua. Bunyik macam cool. tapi tidak


belum keje dah kena pecat. cemana tu?



Soalan 3: Apa kelemahan anda yang paling abadi?

Jangan jawab dengan jawapan yg mengantoikan kelemahan anda seperti
"Saya lemah sipir lapan" *tu gua
Jawab dengan tenang,
Jawab benda2 yang tadak kaitan dengan kerja yg lu apply tu.
contoh:
"Kelemahan saya adalah power ranjes merah".
Ok. Nampak tak? Takde kaitan langsung kan? Jadi jawapan begini akan mendapat markah yang tinggi. Huyoh, siap pakai markah tu interbiu. hahah!


contoh jawapan tiada kaitan

Soalan 4: Apa kelebihan anda?
Ini masanya untuk up diri. Bagitahu semua yang lu ada.
Lu ada ifon lebih ke, bini banyak ke, bagitahu je semua.
Baru nampak macam serba boleh.


multitasking

Soalan 5: Expected salary
Soalan gaji.
Jangan mintak banyak2, mintak sekadar yang mencukupi sahaja.
Sesuai dengan jawatan yang diapply
Mintak buah-buahan sebagai gaji juga satu alternatif yang boleh dibincangkan. haha

awrrr

Yeah begitulah. Harap skill2intebiu ni dapat digunapakai dalam kehidupan lu orang semua. *membantulah sangat kah.kah.kah.awrr.

Gua taknak buat penutup untuk entry ni. setuju tak? ah kalau lu orang tak setuju pun, gua tak nak buat penutup jugak. wekkk *gedik

blogger pilihan: mizz tina n rere halim. awrr

shawnrazaleigh

Friday, 6 July 2012

Surat Buat En Tandas Awam

Assalammualaikum

Harini gua nak buat surat kepada semua tandas awam seluruh Malaysia.

Pada asalnya, gua nak buat surat rasmi,
tapi gua dah lupa format dan malas nak rujuk buku karangan SPM keluaran Pelangi gua dulu.
Jadi gua buat surat semi rasmi je:


Assalammualaikum/ Selamat sejahtera
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Tandas Awam.

Tujuan gua menulis surat ini adalah bagi mengkomplen atas
kekurangajaran lu orang kepada pengguna2 tandas seluruh Malaysia. Jadi poin-poin berikut ini adalah bentuk2 kekurangajaran lu orang, Tandas Awam.

1. Bau cegampang.

Cegampang tu hape? Cegampang adalah sejenis senjata utk membunuh zombie. Biasanya kita akan amek cegampang shotgun utk membunuh zombie. *ok, tu senapang
Dah lu kenapa tanya pasal cegampang kenapa? Ni entry serius pasal tandas tak pasal2 gua termengarut. Awrr

Bau toilet awam ni agak rare sikit,
sebab dia hasil sebatian unggul beberapa manusia yang akhirnya terhasil lah bau cegampang.

 neskepe juga salah satu perisa perfume tandas awam


2. Pad

Gua nak tanya, lu orang tandas2 ni pakai pad ke?
Kenapa penuh pad dalam tandas awam? cipad lu(tiba2)
*ok jangan nak tuduh gua masuk tandas perempuan


pad siap bertampal kat dinding lagi ingat kad raya ke main tampal2?

3. Tisu Habis
Tiap kali gua nak berak, tisu mesti habes. Seksa tahu bila air melekat kat pungkok, pastu meresap kat boxer, pastu meresap kat seluar jeans, pastu meresap kat otak, pastu boleh kena meningitis tahu? awrrrr


Tisu habis? pungkok basah?
penyelesainannya: hayunkan pungkok ke kiri dan kanan 
sebarkan ayaq ke sarata toilet. kbai

4. Tahi di mana-mana
Kenapa tahi berada di tandas? Kerana itu memang tempat dia. Tapi yang tak flush tu noarrrommm apa siotttt? Awrrr!
Yang gua heran tu, kalau tahi tu ada dlm mangkuk tandas takpa,
ni tahi duk kat atas mangkuk tandas. Faham dak? macam ni:




5. Kotor
Apa dulu kat skolah agama lu orang tak belajar mandi wajib ke? Kemain kotor lagi tandas.





*tadak lukisan, tosah represh









Baiklah, jadi sekarang gua berharap tandas-tandas seluruh Malaysia dapat memperbaiki diri sendiri agar sentiasa tampil menawan, anggun, sexay dan meletup macam rozita che wan little two little three.

Sekian,
Terima Kasih
Shawn Razaleigh

p/s: so manusia ke tandas yang salah?  sama2 lah kita jaga tandas
p/s2: beep-beep~ bermesej siot enty gua kali ni. kah.kah.kah.
xbox: blogger pilihan MAWARDI YUNUS

r k g fb like

r k g