Saturday, 5 May 2012

Abang Afro dan penyapu bersih 3.0

Assalammualaikum

dan selamat malam, bagi yang membaca malam. Yang membaca siang, selamat siang, yang membaca maghrib, amboi tak solat ke? ke cemana. hak3

Baiklah, hari ni segmen abang afro kembali. Bagi yang belum kenal abang afro boleh klik ini (produk punggung anti gesel), atau ini (produk paip hikmat).

Jadi, tuan puan, abang afro nak perkenalkan produk keBERSIHan ini hari.

TADAAAA~





penyapu bersih 3.0

HAAA yang jauh mai dekat, yang dekat mai rapat, yang dah rapat jangan main gesel2 pulak. ha ha ha.


Ya, penyapu 3.0.
Kenapa 3.0? hehe, 3.0 tu sebenarnya saiz batang penyapu ni, ala macam saiz ubat pensel tekan, ada yang 0.5 dan 0.7. Ha macam tulah. Tak paham sudah. *gua pun pening nak ekplain. awrr

contoh saiz 0.5

Ok, sekarang berhenti cakap fasal ubat pensel tekan. noarrom termerapu.awrrr

Tuan puan yang dikasihi, penyapu ni bukan sahaja mampu menyapu halaman rumah lu orang, malah mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti:


1. Bersihkan bola2 snooker
Kalau masuk pusat snooker tu, lu bawak penyapu 3.0 ni. jadikan sebagai cue(kayu) snooker dan bersihkan semua bola dia atas table snooker tu. konsep bersih digunapakai.


cth bersihkan semua bola. bersih! 
*cibeng lupa lukis bola putih


2. Bersihkan ahli sihir durjana ahli sihir

Bagi penggemar siri Harry Potter, lu orang mesti dok berangan nak naik penyapu terbang. Ha inilah alat yang lu orang cari. Terbang bersama penyapu 3.0 dan bersihkan semua ahli2sihir noarrrom.


cth bersihkan ahli sihir. bersih!


3. Membersih hati
Bersihkan hati dengan menjadikan penyapu 3.0 kepada sebuah gitar dan nyanyikanlah lagu2 nasyid. InsyaAllah jiwa bersih. Kalau saudara nak kata haram alat musik bertali, takpa, watlekwatpis. penyapu ni tadak tali. Lu orang eksenkan je buat2 petik tali. awrr


cth bersihkan jiwa, bersih!

4. Bersihkan jerawat

Masalah jerawat? Lu orang jagan risau dengan luas permukaan yg besar, penyapu 3.0 mampu mengcover jerawat dgn pengubahsuaian kepada blusher. Jerawat? tiada lagi dgn penyapu 3.0.

cover jerawat, bersih!

Oklah, cukup kot, 4 kegunaan penyapu 3.0 ni. Untuk produk abang afro yang lain:
1. produk punggung anti gesel
2. produk paip hikmat

p/s: entry bukan bermaksud gua sokong bersih, anti bersih, sokong gov atau anti gov.
p/s2: tiada kaitan dengan bersih 3.0, sapa dok komen politik, gua bersihkan dia. awrrr


shawn razaleigh
crdt: zarra ayuni,

r k g fb like

r k g