Monday, 26 March 2012

Abang afro dan punggung anti-gesel-nya

Assalammualaikum

Ini hari gua tengok dekat fb, gua terjumpa gambar brader hensem ni:

Brader dalam train

Baiklah, mengikut sesetengah individu yang dirahsiakan identitinya, brader ni hensem gila. Tapi yang tak berapa hensemnya, beliau suka menggesel2 dan merapatkan badan pada perempuan terutama bila train penuh. ya, agak sibai disitu.

Ok, gua tahu lu orang perempuan2 kat luar sana mesti macam,
"Hamagadd, hamagaddd, hamagaddd, tolong-tolong apa nak buat ni?" padahal tak naik train pun. awrrr
Sabar puan puan. watlek watpis,
Jangan risau, abg afro ada produk penyelesainnya:

TARAAA



Haa yang jauh mai dekat, yang dekat mai rapat. Yang dah rapat2 tu, jangan main gesel kat abang pulak. ha ha ha
Ini lah produk baru yang gua panggil punggung anti gesel.
Tak susah, mudah je. Setiap kali nak naik train, lu orang pakai ni. Datang dalam pelbagai kaler.

berdarah dalam train

Sekian terima kasih. bahahhaa

p/s: naik couch perempuan weh.
p/s 2: untuk produk abang afro yang lain, klik abang afro dan paip hikmat

Monday, 12 March 2012

Taktik2 keji terhadap pasangan. *apahal tajuk entry ni tak sedap shawn? awrrr

Assalammualaikum

Sebelum bermula, sila pasang lagu awan nano untuk sound track entry ini. Baru feel sikit.

Ya, tak perlu refresh, ini memang blog gua, blog Shawn. Bukan apa, takut lu orang keliru, yelah, tajuk entry memang macam tak bermoral sikit. Sedangkan gua ni bermoral dan sopan santun orangnya. ha ha ha


Baiklah, kita teruskan.  Taktik2 keji terhadap pasangan

1. "ilebiu" *ketika tgh gaduh

Percayalah lu orang semua, ilebiu ketika gaduh tu adalah ilebiu paling tak ikhlas, ilebiu ketika ini sebenarnya bermakna lu orang tak nak berbincang, terus je nak cepat tamatkan perbincangan. kankan?




2. bunyi cengkerik

Seterusnya, lu pergi bukak utube, carik bunyi cengkerik, kemudian lu hafal bunyi tu. Agak2 pasangan lu sembang benda2 yg karut bagi lu, lu lontarkan kembali memori utube lu, krikkk krikkk krikkk


Ya, agak menarik sebenarnya kalau lu buat bunyi cengkerik 
time tgh bersembang dengan pasangan

3. ceritakan pasal ex anda kepada beliau

Ini sangat berkesan. Lu down kan pasangan lu dgn ceritakan kehebatan ex2 lama lu. Gerenti sentap punya.



4. webcam statik
Orang bercinta ni rajin skype2 ni. Duduk di hadapan webcam sememangnya penat, kena cover macho. Tak boleh korek hidung, cabut bulu hidung, bulu ketiak, bulu kening dan bulu...ok cukup. Jadi bagi mengelakkan ini berlaku, tak payah duduk depan laptop. Macam ni:

main ps sambil webcam. ha ha ha

Ok, cukuplah utk malam ni. malam esok kita sembang lagi ok? 
*takpayah nak tipulah shawn, malam esok konon, malam 2minggu lagi baru lu update kan???? ha ha hak

Jadi sampai sini sahaja taktik2 kita, ada masa kita buat taktik lain pulak.

p/s: Gua tahu lagu awan nano tak sesuai. Saja ja. ha ha ha

r k g fb like

r k g