Friday, 28 December 2012

Tips menghadapi perompakahahkah

Assalammualaikum

Ya, sudah 2 bulan gua tak memberi nafkah ke lu orang.
2 bulan beb tak update blog .
2bulan woi. 2bulan.
2 bulan beb tak datang yedyed. Dah mengandung ke hape gua ni? (tiba2)

Ok.
Lu orang toksah tanya ke mana gua mengilang.
Ceritanya macamni, (nakjugak bagitahu kenapa gua hilang, kah3)
Gua sebenarnya telah disembunyikan hantu tetet.
2bulan. Lemas. Hanyut. Berlengaih.

Hmm ok...
apasal semua benda gua tulis bajet lawak semua tak lawak ni. kahkahkah (sekali lagi tak lawak.)


Ah mampuih la tak lawak pun.
Kita teruskan dengan tajuk entry gua.
Tips menghadapi perompak:-

1. Bodohkan beliau
Ungkapkan kata2 yang mampu memperbodohkan perompak,
beliau akan rasa down untuk merompak,
lantas menangis mendapatkan bonda masing2 di penjuru katil rumah.

contoh bodohkan perompak

2. Harrrrr~
Apakah itu harrrr? harr tu sebenarnya bunyi nafas lu orang.
Untuk memastikan teknik ini mujarab,
sekali kan harrrr lu orang bersama diet seperti petai cicah sambal cicak mati seminggu.

teknik "harrrr~"


3. Bela binatang peliharaan (yang wajar)
Lu orang boleh cuba bela haiwan peliharaan.
Maksudnya, binatang yang mampu melindung lu orang.
Jangan bela ikan guppy pulak. Memang tak boleh nak menolong.
Gua teka paling cerdik, lu boleh bela Pokemon.

Contoh binatang pelindung



4. Simpan duit di tempat selamat
Jangan simpan duit di tempat terang2an
seperti di atas dahi atau di pergelangan tangan,
simpan lah duit anda di dalam BRAzil.

contoh menyimpan duit di dalam bank BRAzil secara salah


5. Simpan kuku panjang
Teknik ini bukan saja dapat mecakar perompak,
malah lu orang boleh siat kulit beliau dan cepat2 hantar ke makmal forensik.



Baiklah sekian sahaja update minggu ini (bajet update tiap minggu)
Mari mencegah perompak.
1 Suara, 1 Semangat, 1 Tekad! *lagu PLKN berkumandang*


Shawn Razaleigh

Wednesday, 17 October 2012

Seekor ular yang manja, manjanya seperti Ella Ratu Rock. kah3


Assalammualaikum

"Nasi lemak ayam satu, ais kosong satu, teh tarik satu"
"wokeh"

Setelah penat melakukan akitviti memanjat bukit broga,
itu pagi gua bersarapan di sebuah kedai mamak area Semenyih dengan kawan2 gua.

Sementara menunggu pesanan sampai,
kawan gua, Izal namanya, pergi ke toilet,
gua dan seorang lagi kawan gua, ashraf follow,
yelah,
nak makan basuhlah tangan, pilih gerai yg bersih, 
badan cergas otak pun cerdas, buat apa pun pantas~
Lagu iklan basuh tangan tahun 90an tiba-tiba bermain di otak gua.

Baiklah,
Sedang leka gua membasuh tangan yang ada 7 steps semuanya,
Izal memanggil gua dan ashraf, 
cemas gayanya.
Izal tolak kitaorang ke sebuah tandas,
ada ular oih!


Gua tengok ular tu.
Perghh. Seram. Panjang.
Gua jadi pucat. Cepat cepat gua beredar cuak.
Gua duduk kembali ke meja gua amik pesanan tadi.
gua termenung panjang.

Makanan yang gua pesan sampai.
Gua makan slow2.
tak habis.

Izal tanya gua,
Apsal tak habes?

JILAKE apa, 
panjang betul tahi dalam toilet tadi.
hilang selera gua.

Dan sampai sekarang gua tertanya2 tahi siapa dalam toilet tu,
panjang dia serupa ular beb.
fak!

berak tanpa kemut akan hasilkan ular

ps: banyak pulak entry gua pasal toilet:
     - tandas asrama


shawn razaleigh

Tuesday, 18 September 2012

Cerpen 3suku remix Apakah (part III)

Assalammualaikum

Gua nak menjalankan tugas menyambung cerpen Geng Apakah.

Jangan risau
konsep katun blog gua didahulukan,
cerpen apakah diutamakan. eh?




Part 1, 
Part 2.

Part 3:

"Ang pasaipa pakai baju klawar mak ang ni?"

"Aku sebnaqnya ada penyakit kurap badan. Aku dah try kikis guna kikir tapi tak mau jugak" balas Ca'er

"Dah tu apa kaitan dengan baju kelawar? Ang ingat ang batman ka? Sempoi habis?" soalan demi soalan ditujah Zul.

"Doktor cakap aku kena anginkan badan. Kasi kurap kering. Tu yang pakai baju longgaq, nak kasi angin fuhh fuhh fuhh masuk".

"Ohhh"



.....


Perbualan terhenti dek angin deras. Sederas angin cinta Yusry pada Lisa begitulah derasnya angin malam itu.
Ca'er menggigil sejuk sendiri dalam baju klawarnya.
Zul maintain cool.
Jiwa taiko-taiko Zul zaman sekolah henry gurney dulu sedikit pun tidak pudar.

Melihat keadaan Zul yang cool, Ca'er mengimbas kembali zaman kegemilangan Zul di henry gurney dulu.
Itu masa, siapa tak kenal sama Zul Taiko samalah macam orang yang tak kenal perdana menteri Malaysia. Mahsyurnya bukan main.


Zul, 15 tahun, taiko henry gurney. Dari pengetua sampai ke Cik Tiqah (acik cleaner), semua kenal beliau. Dimasukkan ke hunrey gurney atas kesalahan menjahit mulut kawannya yang suka sembang kencang. Kata orang KL, sembang begar.
Memang pantang Zul dekat sembang kencang dan sembang politik.
Sembang (multilevelmarketing) MLM? hmm tak usah cerita. Maut jawabnya.

Di henry gurney, syurga bagi Zul, neraka bagi yang lainnya. Pernah satu ketika, Zul dan konco2 utamanya yang terdiri dari Xinang, Julax dan Joel. membakar semut hitam hidup2. memang brutal habis.
Kagum,
salut,
respek, semua beliau terima dalam satu masa.

...

"Hmmm~ hmmm~ hmmm~"
Mulut Ca'er tertutup rapat sambil menghumming lagu sekolah henry gurney.
Zul kenal lagu itu,
lagu henry gurney,
lagu lejen,
lagu dia,
JIWA DIA! (kemain tanda seru)

Zul lantas turut menyanyikan bait2 lagu tanpa perlu berhmmm~ hmmm~ hmmm~ macam si Ca'er. Mak jenah dan pak wan kechik turut menyanyikan lagu tersebut. Tah macam mana diaorang tahu lirik lagu menjadi persoalan di sini. Search youtube mungkin.

Kopi Buang Semangkuk Dua makin sejuk,
namun suasana kedai kekal rancak dengan nyanyian mereka berempat:

♪, ♫, ♩. ♬, ♭ ~ ~

Bagi Penhuni Henry Gurney, sekolah kami seperti penjara, 
di awasi oleh warden, kalau lari sia-sia saja.....

RESURGAM nama diberi, slogan kata sekolah kami, 
lambang burung dibakar api, sudah mati hidup kembali......

Oh tuhan, ampunilah dosaku ini..

Ring ring ring loceng berbunyi, warden datang membawa kunci, 
kami duduk tak senang hati, entah kemana nak bawa pergi......

Hari Isnin bubur kacang, roti disapu dengan mentega,
 bubur kanji tak rasa apa, mahu tak mahu makan roti saja........
♪, ♫, ♩. ♬, ♭ ~ ~

Selesai alunan lagu, seluruh isi kedai memberikan tepukan gemuruh. Siap ada yang bawak banner "WE LOVE ZUL & CA'ER"
Entah mana datang banner ni pun tak pasti. Yang pasti memang ada banner.

BluppBluppBlupp
Telefon genggam Caer berbunyi lagi.
1 new message: Dang Kahla
Punat tengah dipicit.
"Ca'er, bilew nark detim lagi. windu niee!"
Tersengih Ca'er membaca mesej dari Kahla, skandal baru Caer.

"Hoi! Awek ke?" jerkah Zul
Ca'er sambung sengih bongkaknya tanda mengiakan.


Ca'er,
kasanova Kampung Selama Ikan Duri.
Minggu ni sahaja sudah 4 wanita berjanjitemu dengannya.
Cakap sahaja, gadis mana? Gadis manaa? Semua Ca'er punya.
Anak tok imam, Amy si budak hingusan tu pun Ca'er kebas.
Apatah lagi artis Liyana Jasmay.
Tu, pelakon watak Izah dalam ombak rindu pun tergila-gilakan si Ca'er ni.
Pendek kata, semua anak dara minat kat dia. Mak janda pun ada yang sangkut. Tapi Ca'er tak layan. Jaga standard katanya.  

....

Detik demi detik. Sudah tiga jam punggung si Caer dan Zul membeban bangku usang warung Mak Jenah. Lama memang lama. Alur punggung pun sudah berpeluh.
Namun, belum sempat peluh punggung meresap ke dalam kain cotton baju klawar si caer,
meja mereka diterbalikkan seorang pemuda.

"Jibaiiiiii, potong stim betoi" jiwa taiko dulu mula mengusai segenap tubuh Zul.
Marahnya bukan sikit-sikit ya tuan puan. Marah-marah sekali.

Pak Wan Kecik dan Mak Jenah cepat-cepat menyorok bawah meja.
Berpelukkan. Bibir hampir bersentuhan.  Mata masing-masing dah kuyu.
Hmm, ada harapan dia orang buat anak bawah meja.

Baik. Kita tingalkan dulu kisah nyorok, peluk, bibir, mata kuyu dan anak baru.
Kembali ke kisah asal.

Ya, kisah meja di terbalikkan seorang pemuda.
Sebatang rokok daun tergulung kemas di bibir.

Zul merenung tajam mata pemuda itu. Sangat tajam, setajam bilah mata pisau pengorek pensel kepunyaan adik Zul, Bella stella.
Coklat warna anak mata.
Hampir-hampir beliau jatuh perasaan cinta. Namun cepat-cepat Zul kalis perasaan itu.

Zul kenal mata itu. SHONG NGADIMAN MUSJOWO!










Shong Musjowo

***bersambung***

edited: part4 by liliputeh
p/s: cerita rekaan semata2. yang hidup mati tiada terkena
p/s 2: link2 dekat atas blogger baikkk punya
xbox: nama yg tak tersenarai akan tersenarai dlm next part.

Shawn Razaleigh

Monday, 10 September 2012

Bilik air asrama

Assalammualaikum

Semalam hujan lebat gila.
Lagi lebat dari buah rambutan pokok Tokwan gua.
Lagi lebat dari bulu ketiak lu orang yg belum shave.
Lagi lebat dari bulu... ok cukup

Pagi ni, gua bangun tidur dalam keadaan terpaksa.
Sejuk bukan main. Pergi dia sampai ke tulang.
Gua capai remote ekon. Picit butang Off. Habis cerita.

Kaki kiri dan kanan bergilir2 ambil langkah.
Cepat2 masuk bilik air. Dah lewat.
Sambil2 gua mandi bogel (tolong jangan bayangkan, kang batal puasa 6 lu orang)
Gua fikir nak buat entry.
Entry pengalaman gua duk asrama dulu;

ni asrama gua

Dulu gua sekolah dekat sekolah asrama penuh.
Sekolah gua dulu semua lelaki.
Memang hell. Tak pernah nampak perempuan.
Bangun pagi nampak lelaki.
Pengetua lelaki.
Kawan2 lelaki.
Kucing2 dekat situ pun lelaki.
Semut2 pun kebanyakkannya berjantina lelaki. keh3

Ok, gua bukan nak cerita fasal jantina sebenarnya
Gua nak cerita fasal
Tandas asrama gua yang rarenya bukan mainan..
Bilik air asrama.
satu bilik air ada kurang lebih 6 pintu.
4 untuk mandi, 2 untuk buang air.
tapi satu haram pun tak boleh guna.
Semua rosak.


Bilik air asrama
Kalau lu bangun pagi lambat,
Kena terima akibat,
Air bertakung
Sampai buku lali perginya.
Ada juga kadang2 masa tu, gua rasa nak mandi guna heels. awrr.
Hamagadd2. Geli gila kott *gedik



Bilik air asrama.
Semua berpintu tiada
Nak mandi kena pakai boxer.
Andaikata boxer kena curi, mandi bogel jawabnya.

Bilik air asrama
Tempat khusus pertandingan menyanyi.
Juri datang dari bilik air sebelah.
Selalunya juri komen macam Ajai, maki2


Bilik air asrama
Ada satu hari
Hari paling keji dalam sejarah bilik air
Gua tahu jamban tempat nak berak sgt kotor
Tapi. tapiii
Tapi kenapa ada tahi dalam sinki?
Berak cangkung atas sinki ke hape jahanammmm?


cantik terletak si tahi

Ok gua malas nak buat penutup entry. Kalau karangan BM dulu dah kena tolak markah ni
Jadi begitulah cerita tandas asrama gua. Rindu nak balik asrama. awrrr


Shawn Razaleigh





Friday, 31 August 2012

Dirompak.

Assalammualaikum para pembaca dan para2 sakura

Cerita raya,

Tahun ni punya raya, pergi dia lain macam sikit.
Yelah kali pertama beraya sebagai orang tua.
Tahun sebelum2 ni pun tua juga, tapi gua gunakan teknik penyamaran.
Gua kerat janggut. Nampak muda. Sungguh.

Tahun ni gua tak kerat janggut sebab awek gua suka janggut ni.
Jadi gua tak kerat. Aset beb. Aset. *gedik
Walaupun sedemikian rupa,
Alhamdulillah, tahun ni gua masih dapat duit raya,
tapi kadar penurunannya agak curam. Gaung..

Teringat gua pada Fika, sepupu gua, umur baru 17tahun, seorang pelajar matrik.
Pelajar matrik
Pelajar matrik
Pelajar matrik. Pelajar matrik woih!
Sengaja gua ulang banyak kali, kasi lu orang faham bahawa fika ni seorang pelajar.
Haha ya, memang jilaka, seorang yang berstatus pelajar kasi gua duit raya.
Mana gua nak letak muka hemsem gua ni. hahaha. jinabeng betul.

fikaya

Ini mungkin sebuah bentuk penghinaan terhebat pernah gua dapat 2012 ni. Jadah mana dia dapat duit?
Fikiran jahat mula belegar2 di otak kanan dan kiri gua.
Gua teka dua je, sama ada betul beliau menghina gua atau beliau merompak bank.
Merompak bank mungkin tuduhan berat, ah pedulik apa gua.


Baiklah kita tinggalkan dahulu kisah Fika si perompak bank tadi.

Bercerita fasal duit raya, mesti lu orang syak gua tak matang.
jadi kita tukar cerita duit raya ke cerita angpau. awrr

fighter duit rayawrr

***cerita seterusnya***

Gua pergi rumah tok sedara gua.
Dah nak balik tu kami adik beradik beratur panjang di dahului along gua. Nak salam tok sedara.
Gua di barisan terakhir.
Masing2 cuba buat muka paling muda dengan harapan tok tertipu,
lantas menghulurkan duit rm50 setiap seorang.
Tu bayangan kami lah. Hmm mungkin bayangan gua sorang kot. kah3

Along gua tewas, Tok gua tak tertipu. tak cukup babyface barangkali.
Adik gua punya giliran, lulus, walhal umur dah 21.
Makin berdebar gua.
Tiba giliran gua, antara bagi tak bagi. Tok sedara gua pandang lama. Gua tenung balik.
Dengan tenungan kanak2 belum baligh.
Sesekali gua kenyit2kan mata gua, tujuan menggoda. awrr

Sekarang masing2 tak berkelip mata.
Berair.
Pedih.
Tok seluk poket seluar. Nampak macam nak keluarkan angpau.
Gua dah rasa bahang kemenangan.
Gua perati,
lama betul tok gua seluk seluar. Bergerak2 pula tangan tok sedara gua dalam seluar.

Tok sedara keluarkan tangan, tiada angpau.
Argghhh, garu TELO rupanya beliau. Panas lemas berlengaih mungkin.

Tok sedara hulurkan tangan beliau tadi ke gua.
Gua keliru. Nak salam ke tak.
*lagu keliru nurul dan ajai tiba2 berkumandang tanda respek sama jiwa gua yang tersepit.


Begitulah ceritanya gua dirompak.



Shawn Razaleigh

Tuesday, 14 August 2012

Entry Raya: Wowowoh Balik Kampung~

Assalammualaikum

Semua diam.
Tirai pentas dibuka.
Penonton bersorak gembira.
Tiada hero di atas pentas.
Penonton melontar riak hampa.
7.4 saat. Sunyi. Senyap. Sepi.

Tiba-tiba,
Seorang hero turun dengan tali
dari bumbung stage.
Pakej lengkap.
Gaya. Mutu. Keunggulan.
Penonton kembali bersorak gembira.
Tidak kurang juga yang melopong, ternganga
Lampu dihalakan ke hero tadi.
Shawn Razaleigh rupanya.
Royal Albert Hall makin gamat.

kahkahkahkakah.
Shawn Razaleigh, turun dari bumbung tanpa bantuan stuntman (BUKAN gambar hiasan)

Haha. ok2.
Lupakan intro berangan tadi. Gua sebenarnya nak buat simple entry untuk raya ni.
7hari lagi. Awrrr
Hmm tahun ni InsyaAllah gua balik kampung dekat Batu Pahat, Johor.
Siapa2 yang ada area situ boleh lah roger2,
kot2 nak bagi duit raya ke kann? kihkihkih

Apa tajuk entry tadi?*pelupa (scroll atas balik)
Ok, "Balik Kampung" tajuk entry gua.
Ya, perasaan balik kampung ni seronok.
Sebuah seronok yang lain macam sikit.
Lagi2 bila tengah drive tu,
tiba2, radio keluar lagu raya, "balik kampung, sudirman"




Sebenarnya, gua suka part chorus lagu ni ja. Boleh jerit2. Awrrr
wowowoh balik kampung, wowowowoh balik kampung,
wowowowoh balik kampung. hati girang~






lagu pencetus eksiden


Baiklah luorang semua,
Hati2 balik kampung. Selamat Hari Raya.
Tapi raya sekarang dah kurang meriah lah.
Pagi raya semua duk tgk tv. Takpun main ifon,ipad,ipod,iloveu,isetan.
Nokarom betoi.

P/s: Lagu balik kampung ni sumpah boleh buat eksiden. Menjerit kemain dalam kereta. kah3.
p/s 2: Untuk tips elak kemalangan boleh baca blog ni, best2 ZoneZyra
Shawnrazaleigh

Monday, 30 July 2012

Imaginasi Shawn Razaleigh: Gua Seketul Ultraman Belimbing. Awrr

Assalammualaikum

Ok,
Malas bergerak
Malas update blog
Malas bernafas
Malas menunggang kuda, melastik burung dan menyumpit lalat.
semua gua malas.
Malas sembang banyak bulan puasa ni.

Suara berbisik:
"ahemm, tak puasa pun lu malas jugak shawn. Awrrr~".
*sisi gelap gua bersuara (gua sisi cerah)

Hmmm. Tiba2 rasa macam gua membebelkan diri sendiri.

Baiklah, sekarang, tinggalkan gua dengan sisi gelap gua.
Kembali pada entry.


Pada suatu masa dahulu...



bertukar 
Dahulu. Setiap kali makan belimbing adegan sama akan berulang. kahkahkah. Awrr
Imaginasi menjadi ultraman bintang memang power. kehkehkeh

Shawn Razaleigh
berpernah menjadi kecil tiada runsing
kini, masih kecil tapi sarat pusing
berkali2 di titiktitik genting
sekarang tiap poin penyambung dilihat penting

Dulu tiada kesah
lumpur lecak semua gua redah
langgar semua tidak sudah
persepsi, imaginasi pergi jauh,kadang sampai ke negeri Kedah

Main tiap masa
jatuh, rebah, tegak semula
lutut luka itu biasa
buh ubat kuning menangis manja

dewasa sebuah proses yang langsung tidak menggiurkan.
setiap detik jarum meninggalkan jauh semua kenangan.

p/s: kawan terbaik gua dulu; bonda, 
       permainan tercantik gua dulu; imaginasi.

Shawn Razaleigh

Sunday, 22 July 2012

Gua terhidu bau makanan istimewa daripada dapur. Awrr

Assalammualaikumm
Assalammualaikumm
Assalammualaikumm

Sempena minggu pertama puasa ni, sengaja gua bagi salam tiga kali.
Kunun nak buat efek islamik.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna~~
*lagu Raihan feat Man Bai berkumandang di segenap ruang blog gua

Baiklah.
Bagi gua secara senangnya puasa ada tiga fasa
1. sahur
2. lapar
3. buka

Fasa satu selesai dengan jaya.
makan tidak hebat mana.
Tapi perasaan gembira itu ada bila dapat bersama keluarga.

Sekarang gua mengalami  kedua. Fasa lapar.
Perut berbunyi lagu yang bukan2.
Keroncong bukan sembarangan, keroncong untuk ana gua teka.


Jam.
Pukul 530petang.
2 jam kurang lebih sebelum fasa 3. Fasa buka.
Mak gua dah mula menguji perut gua. Bau2 menarik keluar dari dapur.
Tidak memahami perasaan anak beliau ke apa mak gua ni.






Menghayati.
Gua pejam mata. 
Rapat2. Ketat2. Padat2. 
Gua cuba meneka bau apa.
Bau ikam sambal gua teja (memang ada typo sebab kan gua dah cakap gua pejam mata)

Mata dibuka.
Adik perempuan gua kat sebelah gua buat mata kecik. Curious gila gayanya.
Pelik dengan tindakan gua menutup mata tadi barangkali.


Buat apa? jerkah beliau
Jangan sebok. kau tak puasa.  Gua tuduh beliau secara melulu *emo perut lapar.


Untung perempuan.
ada masa-masanya tidak perlu melalui ketiga-tiga fasa.


Selamat berbuka dan berpuasa buat yang puasa
Mak gua selau pesan
kalau tak puasa tapi kacau orang berbuka
nanti tumbuh tanduk.
gua dulu suka. sebab boleh gua sondol adik2 gua guna tanduk tu. kahkahkah.



p/s: mari bersahabat dengan ramadhan
p/s 2: ya, aku tahu puasa bukan ada tiga fasa je :)
Shawn Razaleigh

Sunday, 15 July 2012

Tips temuduga versi awrrrr

Assalammualaikum

Nama gua Shawn Razaleigh
Seorang blogger tak power
Gua pelajar perubatan tahun 4
Sama macam fatin liyana, pelajar perubatan. Tapi dia blogger power. Gua tidak. 'Tidak' yang jauh dari perkataan ya.

Gua cukup tak faham,
Kenapa ramai yang tak percaya yang gua ni student medik.
Ya, gua sentap ni. (tiba2 emosi)

Pernah satu ketika, gua lepak kedai makan dengan kawan2, semua budak medik.
Makcik kedai cakap kat gua
"Hang sorang ja takdak rupa budak medik"
"Abes rupa apa makcik?"
"Hang rupa artis rock"
Gua teka itu adalah satu penghinaan hakiki. Tapi gua degil. Gua tetap anggap itu satu penghargaan. Dipanggil artis dikalangan kawan2 gua, itu awesome. *itu cibet sbnrnya

Sekarang intro gua dah panjang.
Lu orang jangan kesal pula membaca.
Gua janji, bahagian isi gua akan pendekkan.

Baik, dekat mana kita tadi?
Ok dekat pelajar perubatan.
Ya, belajar medik ni memang lama.
Lagi lama dari berak keraih.
Dan lagi lama dari beratur panjang beli tiket wayang cerita avengers.

Kalau nak ikutkan umur gua,
Kawan-kawan sesekolah gua semua tgh tunggu nak kerja.
Tengah tunggu interview.
Gua jauh lagi dari situ.
Tapi gua suka tips.
Gua nak bagi tips dekat lu orang. cemana nak jawab soalan2 lazim interview (akhirnya masuk jugak part isi entry.kahkahkah. awrrr!)


Soalan2 lazim interview dan tips jawapan


Soalan 1: ceritakan tentang diri anda?

ceitakan mengenai diri anda tidak lebih 120 patah perkataan.

Ni soalan pebret. Senang. Time sekolah dulu selalu buat karangan macam ini. tapi agak janggal bila setiap ayat dimulakan dengan saya. Saya ada 5 orang adik beradik. Saya anak kedua. Saya suka mengumpul setem. Saya blablabla. Awrrr!


Soalan 2: dalam 5 tahun apa target anda?

Untuk soalan macam ni, pastikan jawapan lu nampak macam bercita2 tinggi. Elakkan menjawab dengan begini,
"5tahun lagi saya nak pegang jawatan ketua cleaner".
Ketua. Bunyik macam cool. tapi tidak


belum keje dah kena pecat. cemana tu?



Soalan 3: Apa kelemahan anda yang paling abadi?

Jangan jawab dengan jawapan yg mengantoikan kelemahan anda seperti
"Saya lemah sipir lapan" *tu gua
Jawab dengan tenang,
Jawab benda2 yang tadak kaitan dengan kerja yg lu apply tu.
contoh:
"Kelemahan saya adalah power ranjes merah".
Ok. Nampak tak? Takde kaitan langsung kan? Jadi jawapan begini akan mendapat markah yang tinggi. Huyoh, siap pakai markah tu interbiu. hahah!


contoh jawapan tiada kaitan

Soalan 4: Apa kelebihan anda?
Ini masanya untuk up diri. Bagitahu semua yang lu ada.
Lu ada ifon lebih ke, bini banyak ke, bagitahu je semua.
Baru nampak macam serba boleh.


multitasking

Soalan 5: Expected salary
Soalan gaji.
Jangan mintak banyak2, mintak sekadar yang mencukupi sahaja.
Sesuai dengan jawatan yang diapply
Mintak buah-buahan sebagai gaji juga satu alternatif yang boleh dibincangkan. haha

awrrr

Yeah begitulah. Harap skill2intebiu ni dapat digunapakai dalam kehidupan lu orang semua. *membantulah sangat kah.kah.kah.awrr.

Gua taknak buat penutup untuk entry ni. setuju tak? ah kalau lu orang tak setuju pun, gua tak nak buat penutup jugak. wekkk *gedik

blogger pilihan: mizz tina n rere halim. awrr

shawnrazaleigh

Friday, 6 July 2012

Surat Buat En Tandas Awam

Assalammualaikum

Harini gua nak buat surat kepada semua tandas awam seluruh Malaysia.

Pada asalnya, gua nak buat surat rasmi,
tapi gua dah lupa format dan malas nak rujuk buku karangan SPM keluaran Pelangi gua dulu.
Jadi gua buat surat semi rasmi je:


Assalammualaikum/ Selamat sejahtera
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Tandas Awam.

Tujuan gua menulis surat ini adalah bagi mengkomplen atas
kekurangajaran lu orang kepada pengguna2 tandas seluruh Malaysia. Jadi poin-poin berikut ini adalah bentuk2 kekurangajaran lu orang, Tandas Awam.

1. Bau cegampang.

Cegampang tu hape? Cegampang adalah sejenis senjata utk membunuh zombie. Biasanya kita akan amek cegampang shotgun utk membunuh zombie. *ok, tu senapang
Dah lu kenapa tanya pasal cegampang kenapa? Ni entry serius pasal tandas tak pasal2 gua termengarut. Awrr

Bau toilet awam ni agak rare sikit,
sebab dia hasil sebatian unggul beberapa manusia yang akhirnya terhasil lah bau cegampang.

 neskepe juga salah satu perisa perfume tandas awam


2. Pad

Gua nak tanya, lu orang tandas2 ni pakai pad ke?
Kenapa penuh pad dalam tandas awam? cipad lu(tiba2)
*ok jangan nak tuduh gua masuk tandas perempuan


pad siap bertampal kat dinding lagi ingat kad raya ke main tampal2?

3. Tisu Habis
Tiap kali gua nak berak, tisu mesti habes. Seksa tahu bila air melekat kat pungkok, pastu meresap kat boxer, pastu meresap kat seluar jeans, pastu meresap kat otak, pastu boleh kena meningitis tahu? awrrrr


Tisu habis? pungkok basah?
penyelesainannya: hayunkan pungkok ke kiri dan kanan 
sebarkan ayaq ke sarata toilet. kbai

4. Tahi di mana-mana
Kenapa tahi berada di tandas? Kerana itu memang tempat dia. Tapi yang tak flush tu noarrrommm apa siotttt? Awrrr!
Yang gua heran tu, kalau tahi tu ada dlm mangkuk tandas takpa,
ni tahi duk kat atas mangkuk tandas. Faham dak? macam ni:




5. Kotor
Apa dulu kat skolah agama lu orang tak belajar mandi wajib ke? Kemain kotor lagi tandas.





*tadak lukisan, tosah represh









Baiklah, jadi sekarang gua berharap tandas-tandas seluruh Malaysia dapat memperbaiki diri sendiri agar sentiasa tampil menawan, anggun, sexay dan meletup macam rozita che wan little two little three.

Sekian,
Terima Kasih
Shawn Razaleigh

p/s: so manusia ke tandas yang salah?  sama2 lah kita jaga tandas
p/s2: beep-beep~ bermesej siot enty gua kali ni. kah.kah.kah.
xbox: blogger pilihan MAWARDI YUNUS

Saturday, 30 June 2012

Tidak fokus atau terlalu fokus. WADEPAK. *taktahu nak buh tajuk entry.


Assalammualaikum

Kali ini entry berkaitan isu sejagat. Kemain gua guna perkataan sejagat. wahaha
Lu orang pernah tak menghadapi situasi,
dimana orang yg lu tgh bersembang tu, tidak fokus.
Memang BbqWtfWwf urang2 begini. awrrr

Biasanya orang-orang macamni tak fokus sebab
dia tengah fokus kat benda2 lain yang dia tengah buat
macam main game.


Dota. Sebuah permainan berkomputer yang digilai ramai.
Gua pun pelik. Dota ni hape? donut gua tahu lah.
yg penting gua anti dota.
Sebab gua dah tgk ramai budak2 dota sangkut exam
sbb taktidur malam main dota.
apakejadah?
kalau taknak tidur, pergilah layan porn, layan dota paddia? kbai. hahaha
muhun budak2 dota tidak buttthurt.

SMS gepreng boipreng

Kadang-kadang tu main sms sampai tak tahu apa yang tgh berlaku kat sekeliling.
Gua menyeru semua manusia sejagat masukkan fon dalam poket bila tgh melepak dgn kawan2. *guna perkataan sejagat lagi. hebat jugak BM gua ni. kui3

cth main sms sampai tak perasan sekeliling

*kadang2, gua pun terkeluar jugak fon dari poket. wakaka

fikiran merewang berangan


haha. Yang ni selalu berlaku kat gua jugak sebenarnya.
Beriya tanya pukul berapa.
Bila orang tu dah bagitahu jam pukul berapa, tiba2 otak gua bagai ada shield captain america.
Lantas gua mengajukan soalan yg sama kembali. kemain lantassssss. haha awrrr

Sebelum berpisah gua nak tanya satu soalan:



kbai.
Blogger pilihan entry ini: Korn el Jr

shawn razaleigh

Friday, 22 June 2012

Entry special: Cikgu suka main bola, hari2 cikgu main bola.

Assalammualaikum

Hah dah kenapa pandang2? Tak percaya lah tu gua update blog lagi.
Igt gua ni pemalas sgt ke nak update? Hahaha

Dah masuk quater final dah EURO2012.
Kang kalau gua tak buat entry fasal bola ada yang tuduh gua gay pulak. haaha



Ya, bola. Macam2 jenis bola ada dalam dunia. ada bola lisut, bola takraw
dan tidak ketinggalan bola-bola api,
yang sedulunya kecil telah menjadi besar,
Begitulah jua, cinta ku padamu.
Yang sedulunya kecill, tlah menjadi besar ♪ ♪
Maaf termenyanyi pulak. *aku tahu ada yg ikut menyanyi jugak. jgn nak buat2 innocent lah weh. awrr

Baiklah, sambung kenapa manusia tgk bola

1. Kenapa lelaki tengok bola?
kerana bolalah, ya bola. "bola"

p tgk bola dada.

bola didada. jadah?


2 Perpaduan

Alkisah, dulu gua pernah bosan2 tunggu train dekat wangsa maju,
gua nampak nigga dengan wristband Arsenal. Pasukan kegemaran gua.
Gua pun tegur beliau;

Gua: yaw wassap doggg
Nigga: yaww wassap cattttt
Gua: a fan of arsenal? *sambil tunjuk wristband beliau
Nigga: yeah, arsenal. howbout u brader matafaka watepak asbestos? *dia rapping
Gua: arsenal *sambil kenyit mata.
tiba2 dia peluk gua tanda saudara se-arsenal. atau mungkin tanda dia tergoda dengan kenyit mata gua tadi.
Hah apapun, itulah bola sepak. Perpaduan tanpa warna kulit. Hebat bukan? *kunun2 mesej anti-racism

shawn dan sean

3. Peluh

Ok, apa kaitan peluh dengan minat bola sepak? gua pun tak pasti.
Tapi gua penah dengar yang perempuan suka lelaki main bola dan berpeluh2.
Seksi katanya.
Gua pun tak berapa pasti lah. Kalau betul, lepas ni silalah guna kan sebaldi peluh utk ngorat gepreng lu orang. sediakan straw sekali. hahaha. awrrr!

peluh jantan itu sexayy awrrrrrr


4. Kenapa perempuan tengok bola?

Ok sekarang, kenapa perempuan tgk bola pulak.
Depa ni kenal cristiano ronaldo je besanya.


perempuan dan bule sipak


Ok, cukup! Sebenarnya, gua tgk bola, sebab nak tgk seni main bola tu sendiri.
Konon2 boleh praktikkan bila main fustal. Konon je lah,
skil yg gua betul2 mahir sekarang ni,
skil golkan ke gol sendiri. tu memang kemahiran gua. Dah jgn tanya lagi.

p/s: Sengaja gua selitkan nama jajam, tirah, umar. Depa ni blogger jugak
p/s2: Team2 euro gua dah keluar. Ok, jgn pandai2 nak tuduh gua sokong Belanda
x-box: blog ni usia dah setahun. sayang lu orang semua yg sapot blog ni. muah

shawn razaleigh
xoxo*gaya gedik

r k g fb like

r k g