Monday, 26 December 2011

Ketagih: kaki like status kat fb

assalammualaikum

Bagi yang tidak mengenali, nama gua Shawn. Shawn Razaleigh. Orang selalu keliru antara gua dan gambit. haha. Gua pelajar perubatan tahun 3 dan blogger paling rajin dekat Malaysia. Semalam gua dah up satu entry ini hari gua up lagi satu. Rajin bukan? ha ha ha. *padahal blogger lain sehari buat 3 entry.

Ni semua sebab ada awek tulis mcm ni kat fb gua

''kalau update blog berbulan sekali tabolehlah nak lawan hanis zalikha weh.''

mendengar nama hanis zalikha, terus gua bersemangat untuk update blog tigabelas kali sehari. ha hah ha

Baiklah, hari ni nak cerita fasal fb. Kaki like.
Pantang nampak status baru, mesti like. Gua ada kawan pesen macam ni dulu. Semua benda kat news feed dia like, bahkan, kalau ada pic awek bergambar dengan duit ajak masuk MLM pun dia like. Ya, memang legend. Dalam kehidupan sebenar pun gua panggil dia Izzat legend. nama betul dia Izzat Izhar. Sila add fb beliau untuk dapatkan lebih banyak like pada status anda.

Ok2. fokus. Berbalik pada tajuk entry, gua syak kehidupan kaki like ni mcm ni kot:







hahaha. macam tu ke? dari buang masa tekan f5 lapanbelasratus kali, lebih baik pergi menunggang kuda, memanah atau berbasikal. 

Kalau nak like, like lah benda yg berkaitan dengan lu. 
Dan like lah benda2 yang patut. Ini tidak, orang mati pun lu like. apa lagi kalau ada gambar 18sx sikit, kompem tangan lu gatal je nak like.

p/s: Kaki like yang baca entry ni, cepat like entry ni. Nak comment sekali pun boleh. bahahaha
p/s 2: ada jugak tak suka like, tapi suka status sendiri di-like. ini boleh tahan haram jugak perangainya.
 lagi jahanam pergi like status sendiri.
xbox: ok tapayah terasa sentap sangat. ha ha hah

shawn razaleigh

Sunday, 25 December 2011

Nak ngorat perempuan ayat mesti power, muka pun power baru dapat couple dengan lisa

assalammualaikum

Baiklah. alasan gua tak update 2minggu kali ni adalah; berokbeng gua hilang. Gua harap alasan ni cukup kukuh. Agak keji sebenarnya bila gua tengok bulan Disember ni 2 kali je gua update. ha ha ha

Ok3. Hari ni gua nak ajar cara ngorat awek. Ya2, gua bukan pakar pun, cinta gua pun kandas di tengah jalan hari tu.  Tapi pergilah mati. Gua nak pura2 pakar and nak share teknik2 yang sesuai. so mari mulakan:

1. menyamar retis
Kalau muka dah tak kacak tu, tapayah nak beli pencuci muka macam2 sangat bro, gua sarankan, lu google pic artis2 hot kat internet, lu print, lu jadikan topeng. pakai topeng tu untuk ngorat.

topeng gambut sepulah

2. alim
kalau jumpa yg berkenan, saudara janganlah terus gelojoh dengan berkata "aha, saudari cun sangat ni, bak no fong sikit". sebaliknya katalah macam ni "saudari, boleh saudari tunjukkan arah surau?''  sambil2 dia tunjuk tu baru mintak no fong.

alim alim meow

3. kaya
zaman sekarang zaman duit. teknik ni mudah. bocorkan kocek seluar lu, buh syiling banyak2. so setiap kali berjalan, duit syiling akan sentiasa mengalir dari celah kangkang anda. itu sangat bergaya dan kaya bagi perempuan. gua agak je lah. ha ha

duit mengalir

4. seluar ketat
skill ni tak lain tak bukan skil pandanglah lihat lah aset ku yang cantik. lalalalala. gua tatahu jadah apa sebenarnya ni. Sama jenis dengan perempuan pakai baju ketat tunjuk aset.

aset

5. straight to the point
kadang2 cara cakap terus ni yang terbaik. senang. mesej yang disampaikan pun jitu dan tepat.

Ni kali terakhir muka lisa gua tempek dlm blog ni

Ok3. Isnin ni gua start posting dekat Hospital Terendak, Melaka. So awek2 cun area sana bersiap sedia kena ngorat. awrrrrrrrr. ha ha ha


shawn razaleigh

Wednesday, 14 December 2011

Abang afro dan paip hikmatnya

assalammualaikum

Lama tak update. Meh gua nak mengarut sedikit. Dalam entry ni, gua nak memperkenalkan produk serbaguna yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam hidup. Jadi, nama produk tersbut adalah

TARAAAA.

Paip Hikmat

Ya, paip hikmat. Ok bertenang, jangan excited dulu tuan puan.
HAAA yang jauh mai dekat, yang dekat mai rapat, yang dah rapat jangan main gesel2 pulak. ha ha ha. Mai kita tengok apa luarbiasanya paip ini:

1. Mampu membuat jus buah2an
Teknologi ni memang sesuai dimusim-musim panas ni (tak pedulik walaupun sekarang tgh musim hujan, haha). Ianya selamat berbanding blender buah2an yang bilahnya tajam dan mengerikan.



2. Buang lemak berlebihan di badan
berat badan berlebihan? lemak di sini sana? mengelebeh dan kurang menarik? payu dara terlalu kecil? eh. silap. ha ha. Gunakan paip hikmat utk kurus yang abadi :


3.Keluarkan getah dari pokok getah (bagi penduduk desa)
di desa juga di kota, dia datang memberikan baktinya demi hidup aman sejahtera~kluangman, kluangman, keeeluangmannn~ awrrrrr. Dengan teknologi ini, kayo rayo lah wan den kek nogori 9. Nak gotah yo, puleh yo kepalo paip tuha.

di desa

4. Keluarkan ilmu berlebihan. erkk
Agak2 kalau rasa diri tu tak berapa cerdik. Tanamkanlah paip hikmat di kepala member2 lu yg genius dan nerd. Nganga dan nikmati hasilnya. bahahahaha

sharing is caring faking

Ok3, cukup. Terlebih mengarut sudah. hehe.
Ada benda perlukan usaha berganda tanpa teknologi.
Tapi kalau teknologi tu dah ada, jangan jadi bangang. Gunakan teknologi sehabis baik dan tuai hasil yang berkualiti.
yeeeha seronoknya cuti~

shawn razaleigh

r k g fb like

r k g