ok entry hari ni bertemakan, Perubahan Masa Mematangkan Manusia. *tapayah nak serius sangatlah topic lu tu, ni bukan pertandingan pidato. eh lama tak sebut pidato. pidato. pidato. pitado. ok dah puas. hah ha ha
hah. lu orang perasaan tak perubahan perangai masa sekolah rendah berbanding sekolah menengah, kalau tak perasan, meh gua buat sesi ulang kaji.
1. Budak berkumpul ramai2.
Sekolah rendah: bila ada ramai budak berkumpul mesti dia orang ingat ada game, and excited nak join. Macam game ice krim soda, tahu tak? Ala yg main pijak2 kaki tu. Aiskem soda pepsi kola buatan malaysia. Ha kan gua dah ternyanyi lagu dia.awrrr
Sekolah menengah pulak, bila ramai budak berkumpul, maksudnya kompem ada gaduh.
maksud berkumpul adalah bergaduh
2. Excuse me teacher, may i go to the toilet
Sekolah rendah: Maksud ayat ini adalah dah taktahan nak buang air. Kena pergi tandas dengan kadar segera, sebab biasa teacher bagi masa 5 minit je
.
sekolah menengah: maksudnya, jangan harap gua nak masuk kelas lu balik lepas ni cekgu.
cth keadaan selamat tinggal kelas
3. Fashion
sekolah rendah: Lelaki, rambut mesti belah tengah ala2 tomok newboyz. kalau belah tengah tu boleh buat jambul dapat markah lebih sikit.
sekolah menengah: bagi perempuan, tudung harus singkat, kain harus singkat, kasi nampak stokin. Baru kena dengan jiwa memberontak uall ye idak? hah ha ha.Awrrr
fashion banjir. Jgn ckp lu tak pernah try. pernah kan?awrr
4. Gaduh laki perempuan
Kalau sekolah rendah dulu, gaduh dengan perempuan, terus babab montot dia guna bare hand kalau sekolah menengah, nak babab jugak tapi tak mampu.hahaha
malu2 tapi mahu.
itu je kot. haih sedar tak sedar dah lebih 5tahun gua tinggalkan zaman sekolah. oh kalau lu nak baca zaman gemilang time gua sekolah dulu boleh klik ustazah gua cun.
chow
shawn razaleigh