Monday, 29 August 2011

hoi raya hoi raya..awrrr

Assalammualaikum


(Wowowwoh balik kampung)2x. Alhamdulillah, sampai jua akhirnya. Ingatkan bila gua sampai je rumah, dah boleh terus raya. Rupa2nya kena puasa lagi 2hari.. demm..awrr

Yess! Akhirnya gua cuti. ha ha hak
Dikesempatan ini gua nak buat ucapan hari raya:

tahun ni gambar sorang dulu. tahun depan hanis zalikha ke. rozita che wan ke.hik3

Jangan lupa mintak maaf mak ayah lu.
Jangan sebok tanak maafkan kesalahan orang lain macam diri tu perfek 100%.
maaf zahir batin..awrrrr

shawn razaleigh

Friday, 26 August 2011

entry raya: awal sangat ke?awrr


Assalammualaikum
Hahai. Ini adalah scheduled entry, gua buat entry ni 3hari lepas. Sebab susah nak dapat internet, gua buat schedule entry banyak2. Tahu dah, gua memang genius. Ha ha ha

Raya dah dekat weh. 
Awal2 gua nak sound yang tahun ni misi gua sama dengan tahun lepas. Dapatkan DUIT RAYA.awrrr.
Memang mencabar bila muka dah tak baby face lagi. Ditambah pula janggut, bulu ketiak, dan bulu2 lain yang membiak tidak terbendungkan lagi. Ha ha. Dan, bila dah jadi macam ni, susah betul nak dapat duit raya kan?

Contoh situasi wadepak duit raya:


'kanak2' menunggu giliran
 kanak2 bertukar super saiya

Situasi wadepak duit raya 2:

cth kanak2 nak mkn penampar 'kanak2' lain

Bagi gua, kita still layak dapat duit raya selagi masih belum bekerja.
 Lu orang semua! Mari2. Raya rumah gua. Boleh bagi duit raya dekat gua. Erkkk. Ngiaha ha ha

info sihat: baru gua tahu yang meneran ketika bersalin sama dengan meneran ketika berak. so jgn beranak ketika berak. awrrr
Chow
Shawn Razaleigh

Tuesday, 23 August 2011

Sensasi ketika melahirkan anak. *Apahal tajuk bangang sangat bunyi dia ni?awrr


Assalammualaikum.

Sorry Sorry Sorry Sorry
Naega naega naega meonjeo
Nege nege nege ppajyeo
Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby
Shawty Shawty Shawty Shawty
Nuni busyeo busyeo busyeo

Cukup2, tak payah nak sing along sangat lagu super junior ni. 
Sorry2, gua tak dapat nak update sebab susah nak dapat internet dekat manjung ni. Gua lepak manjung sebab posting pertama gua dekat bahagian O n G (sakit puan). Hari2 tengok orang bersalin. Awrr.

Setakat seminggu gua kat sini, ada beberapa benda yang gua tak boleh lupa.

1.    Tengok orang bersalin live.
Bersalin memang hell. Bapak sakit. Follower perempuan sekalian, sila jangan bersalin. Ha ha ha. Sakit dia ibarat sebijik tahi hidung sebesar peti ais sedang cuba memaksa diri utk keluar dari lubang hidung lu.  Serius awww sakit. awrr



2. Berbuka roti john
Ok, memang tak nampak sangat apa kaitannya. Tapi. Bila lu makan sambil bayangkan kuah2 roti john itu ibarat kuah2 yang keluar dari alat sulit perempuan time bersalin, memang wadepak.



3. Azankan baby baru lahir.
Gua tak tahu kenapa baby2 baru lahir perlu menjadi sangat comel. Rasa nak picit2 dan karate2. Awrr. 1st time lepas gua dapat azankan baby, gua terfikir, satu hari nanti bila gua dah ada anak, then anak gua dah besar, dah pandai guna internet, pandai blogging, anak gua follow blog separa lucah gua. Awrrrrrrrr, serius wadepak3!! Rasanya gua akan tutup blog ni sebelum gua ada anak nanti. He he he



Dah macam2 pengorbanan ibu, gua tengok secara live dekat manjung ni, hargai ibu lu orang. Sentimental sikit hari ni.
Erti bersalin bagi gua: sebuah proses yg gua boleh tgk secara live tubuh badan wanita termasuk bahagian sulit, tapi langsung tidak membangkitkan nafsu jantan walau sebesar zarah.awrr
chow

p/s: Ya, dah semingu++ gua tak update. Kalau wujud perasaan rindu terhadap gua dalam diri lu orang, gua faham. Nguaha ha ha.

Shawn Razaleigh

Sunday, 14 August 2011

tips meminta bantuan di lebuh raya, 2 entry, double orgasms. awrrr

Assalammualaikum

"Dalam satu hari bang, saya hilang semuanya" kata Lisa Surihani.
Gua buat bodoh, yelah makin rancak hubngan dia dengah Hamzah Ian sekarang dekat terbang tinggi2. ha ha ha

Yup, gua teruskan hidup! Dah 13 hari dah kita puasa. Mengikut ilmu hisab, dah RM12.50 jugaklah duit terkumpul dari parents gua. Yelah satu hari puasa kan dapat upah seringgit. 13xRM1=RM13. Tolak Rm0.50(puasa setengah hari) = Rm12.50. Gua memang genius matematik. Tak syak lagi. Keh3.

Ok3, kalau lu orang ingat, dulu gua ada pergi backpacking ke pantai timur. Gua tak cerita lagi pengalaman gua. Ni gua nak share sikit.

Tips2 menahan dan menumpang kereta di tepi jalan

1. Tunjuk aset
Langkah ni sesuai utk perempuan, lu tunjuk apa yang lu ada, tapi lelaki tak ada. Fikir sendiri lah apa maksud gua. ha ha ha

dah terbatal puasa letteww tgk gambar ni.

2. Tunjuk betis
Cara ni serius gua buat hari tu. Dalam langkah ni betis anda harus cukup licin, menawan dan gebu.
Kalau tak mampu, jangan buat. boleh mengakibatkan lebam di mata angkara pengguna jalanraya yg hangin dengan betis berbulu kerinting lu.
Boleh juga menyebabkan accident akibat hilang tumpuan pemandu yang melihat kaki lu.


3. Tunjuk Muscle
Kalau badan ala2 Sazali samat, boleh buat. kalau ala2 osman kering, baik lu terbang dengan tiupan angin untuk ke destinasi seterusnya.. hihi

 teknik kekerasan dalam kehidupan

Ok, 3 cara je gua mampu fikir. Lu nak tgk macam mana cara kedua dipraktikkan dalam backpacking gua hari tu, boleh tgk video ni.

ok, vid taboleh upload, ni gambar je, nak tgk jugak, tgk kat fb gua

gua chow dulu. "Kalau ada jodoh kita jumpa lagi" kata adik mia sara

p/s: So terlunaslah janji gua dekat facebook utk update dua entry. Satu lagi entry gua ada dekat Terbang Tinggi Tinggi.
p/s2: siapa blogger perak? gua nak lepak manjung 3 minggu. Lepaklah sgt. Jom belanja gua buka puasa.haha

shawn razaleigh

Monday, 8 August 2011

Teka-teki jenis hell punya. yeah

Assalammualaikum

Cepat je masa berlalu kan? Sedar2, lagi seminggu je dah nak raya. Arr? Tak ke? ha ha ha ha.
Gua tak sabar nak duit raya dah ni. awrrr

Ok3, entry hari ni is "jenis teka-teki". Ya, gua tahu intro di atas tiada kaitan dengan teka-teki. Pedulikkan.
Ok, sambung, memang salah satu hobi gua adalah mendengar teka-teki. Eh kejap, susah betul asyik nak kena taip word "teka-teki" ni. Ok sekarang gua dah copy, senang, tinggal paste je, teka-teki teka-teki teka-teki teka-teki teka-teki. Genius nya gua ni. ha ha

Baiklah, jenis2 teka-teki:

1.  Jenis teka-teki cari gaduh
Teka teki ni biasa diakhiri dengan hinggapan penampar. Sama ada si penyoal menampar, atau dapat penampar.

cth soalan yg bakal mendapat tumbukan mike tyson

2. Jenis teka-teki lawak bodoh / lame
Jenis mcm ni mcm khas buat buat pelajar tadika. Budak Down Syndrom pun boleh jawab, siap dengan huraian panjang lebar. Kadang2, sengaja gua buat2 tak tahu jawapan, nak ambil hati si penyoal. demit. Bagi soalan susah sikit please...

cth soalan gila mati tak mencabar

3. Jenis teka-teki genius
Teka-teki ni biasanya, berupa soalan ala2 case. Nak selesaikan ada 17 steps, macam detektip conan selesaikan case. Lagi stress kalau si penyoal tak nak bagi jawapan. Haram jadah
.
contoh soalan mcm haram

4. Jenis teka-teki lucah
Yang ni memang wajib berada di pasaran. Nak2 lelaki2 mcm Hamzah ian. hahaha. Sini, gua nak bagi tips teka teki, kalau ada perkataan buah, basah, bola, dan lampu dalam teka teki tu, kompem tu soalan lucah.
Lu terus jelah bagi jawapan2 lucah tanpa banyak berfikir.

jenis teka teki 18sxyz

hahahhaha. Ok, tu je. 
Teka teki utk lu orang; siapa blogger paling kacak? 
Ala tak payah jawab lah, straight sgt soalan gua. Mudah. ha ha ha ha ha

p/s: next week belajar buat examination dekat ibu mengandung. Mcm mana gua nak puasa? awrrr


shawn razaleigh

Saturday, 6 August 2011

Apahal blog gua cerita fasal tudung?


Assalammualaikum

Pagi tadi, seperti biasa, Rozita che Wan kejutkan gua sahur. Gua hanya mengikut kehendaknya. Ok3, cukup kot, nanti timbul perasaan iri hati lu orang di bulan puasa ni kalau gua terus bercerita fasal anak si che Wan ni. hi hi hi

Maaflah, susah sikit nak update blog. Semester baru pun dah nak start. Sangat busy. Dengan junior2 cun yang baru daftar, mata gua jadi busy tak tentu arah kebelakangan ini. Ha ha ha.

Gua buat entry ni pun sebab tengok junior dengan beraneka jenis fashion tudung ibarat biskut2 di dalam tin biskut beraneka. And gua perasan blog ni banyak follower perempuan. So, sesuai lah entry minah tudung ni. Buat follower lelaki, lain kali gua hadiahkan entry boxer beraneka ragam pula okayyy.

Jenis tudung
     
1. Tudung Bonggol Unta
Tak silap gua tudung ni diharamkan. *betulkan kalau salah. 
Ya, mengikut teori gua, perempuan sengaja buat bonggol unta kat belakang kepala tu, konon2 dia ada extra tetet. Dan kemudian, senanglah lelaki2 terpikat. What? Perempuan with 3tetet. awrr

tetet tambahan menarik minat?

2. Tudung Gulung multifunction
Ini gua syak memang teknik terbaru nak buka puasa diam2. Lu bayangkan, kuih gulung tu dia letak kat tepi tudung, fesyen. Agak2 tak ada orang usha, ngap lah. Kaja harun, tolong jawab ;p

kuih ketayap menyamar sebagai tudung

3. Tudung Indonesia
Mak gua kata tudung ni senang kalau apa2hal emergency, sarung terus je. Ya, gua setuju memang senang, dan murah. Lu amik kertas surat khabar. Gunting kat tengah2 sikit. Lu serkup terus. 





tak perlu refresh, tiada gambar(tak reti lukis.) 





4. Tudung Pelangi Petang
Ha pelangi tak hanya keluar selepas hujan. Bila2 time pun boleh, time dlm kuliah, time shopping. Memang boleh menarik perhatianlah. Cik epal suka pakai kalau tak silap.




Okay. Banyak lagi yg gua perhati tapi cukup kot. Yg penting bertudung bukan sekadar gaya, ingat balik :) 


Siapa kalau pakai tudung, cun mcm ni, 
bagitahulah gua, nak masuk meminang. Ga ga gatai naaa



Shawn Razaleigh 

Monday, 1 August 2011

Serius tak batal puasa baca entry ni,

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Ha, nampak tak perbezaan? Salam yang panjang. Baru islamic sikit bulan puasa ni.hehe
So, kuranglah entry2 lucah bulan ni kan. Kurang? Maksudnya ada jugak lah tu? hahahaha

Ok, gua dah start puasa sejak umur 2 tahun 3 bulan. Ya, jangan nak kagum sangat, kompem2 gua tipu.hehe
Kita cerita sikit pengalaman puasa time kecik dulu jom.

1. Insiden 'ter'
Balik sekolah, mak tanya "Wahai Shawn anak mak yang kacak, hang puasa tak?"
Gua dengan geniusnya "Puasa, tapi termakan satay ikan lah tadi. Bodoh betul pakcik tu kan. Bulan2 puasa pun buat dosa"

contoh 'ter'makan

2. Ngelat sakit kronik
Biasalah, budak2. Mana tahan kan. Dapat puasa setengah haripun dah boleh berlagak dekat kawan sekolah. Kalau taknak puasa pulak, buat2 demam. Lagi kronik penyakit yg lu ada, chance utk buka tu lagi tinggi. Lepas tu mak buatkan air milo. yey!
contoh dijangkiti penyakit serius

3. Tarawih
Time malam, bukan tarawih sangat. Main mercun. lawan dengan taman sebelah. motif? ntah.
macam2 jenis mercun lah ada. mercun bola,naga, jembalang, kerapu,taugeh. ok2, banyak yg gua reka on the spot sebenarnya.



*tak perlu refresh 
memang tiada gambar ;p



4. Tidur 4belas ratus jam
Memang heaven bila habis sahur, sambung tidur, tiba2 bangun, dah azan maghrib. perghh heaven!

puasa je mesti jadi terlalu alert dekat azan

5. Air paip seperti coke yg mencurah2 ke kerongkongkongkong
Hihihi. Yang ni sumpah paling best. Ala, lu orang toksah tipu. Mesti ada yang pernah buat macam ni. Kejap2 nak mandi. Padahal, nganga mulut sambil air dari shower berlumba2 ke tekak lu. sha~ nikmat

 batal tak puasa lu bila tgk gambar bogel ni?  ha ha ha

dah tua2 macam ni ada lagi tak pengalaman macamni.haishh. Nak jugak 'ter'makan lamb chop..awrrr

p/s: gua tak baligh lagi, wajib ke tak puasa ni? kih kih kih
p/s 2: zhaf, ezza n nadia shafie yg suruh buat entry ni

shawn razaleigh

r k g fb like

r k g