Saturday, 30 July 2011

Hapuskan kutu kepala, kan dah nak Ramadhan ni, er apa kaitannya?

assalammualaikum

Cuak, cuak, cuak!
Tak ada apa yang cuak sebenarnya. Saja gua wujudkan elemen seram dalam blog ni. Baru menepati tema industri perfileman Malaysia sekarang, cerita seram. ha ha ha

Ah, memang gua suka tulis tanpa berfikir. Sedar2 dah jadi satu ayat. Padaha ayat tu tak ada kena mengena dengan entry gua.

Ok tajuk hari ni,
" Bagaimana mencegah kutu dari buat parti buih dekat kepala manusia".
Ah, sial. Tajuk tak ada kaitan dengan mukadimah di atas. hehe.
Apa2pun ni cara2nya:

1. Kuasa angin
Semburkan angin secara membabi tonyok buta ke kepala lu. Untuk mendapatkan angin yg konsisten, guna vakum rumah. Praktikkan pukul 6ptg, sebab itu time kutu tidur. So, kutu2 dalam keadaan tidak berjaga2, senang sikit kerja penganginan.

contoh suasana ribut vakum di kulit kepala

2. Kuasa Air
Rendamkan kepala dalam air. Boleh juga kalau lu nak cuba di lautan. Secara teori alam, kutu akan terkapai2 lalu lemas tanpa alat bantuan pernafasan. Tapi, tak tahu pulak gua kalau kutu boleh bernafas secara anaerob.


contoh perkampungan kutu dilanda banjir

3. Kuasa api
Gua tak rasa kutu ada pasukan bomba dia orang. Lu bakar jelah rambut lu. Setel. Kutu padam, lu pun padam. ha ha ha

kiter bakor, kiter bakor

4. Biological parasite control
Cara ni sangat mudah. Lu beli sekor tapir, then lu bela tapir tu atas kepala lu. Ya, gua tahu tapir makan semut dan anai2, tapi gua percaya dia juga ada selera pada kutu, since rupa semut, anai2 dan kutu lebih kurang. Eh, lu jangan risau lah. Sumpah gua dah google yang tapir ni haiwan yang tak makan manusia. miaha ha ha

tapir lunch, somewhere on head

sebelum gua mengarut dan suruh lu bela rimau pulak atas kepala lu, baik gua stop. ha ha ha


chow
p/s: Gua tak ada kutu pun, gua ada belajar fasal kutu, pediculus humanus capitis, so saja buat entry ni.heheh
p/s 2: Malaysia sgt hebat semalam.

shawn razaleigh

Thursday, 28 July 2011

Gemuk itu nikmat

Assalammualaikum

"Payu dara kecil? terlalu menggendur? terlalu besar?' Serius ni iklan paling buat gua nak tergelak dulu.
Actually, bukan gua nak sembang fasal payu dara pun, tiba2 je gua teringat iklan ni. ha ha ha

Ok3, gua nak bagi tips menggemukkan badan ni. Since gua ni kurus, gua cuba ilhamkan beberapa kaedah. Lagipun, asyik nak kurus je kerja lu orang ni kan.
Tahu tak? Bila anda terlalu kurus, angin akan meniup-niup anda, anda akan terbang tanpa sedar, dan anda akan terjatuh pabila angin 2 berhenti meniup, dan kemudian, anda akan mendapat sakit belakang yg maha dahsyat. So, jgnlah terlalu kurus. Mari menggemuk!

1. Makan
Makan je? Oh tidak2. Lu makan lah something yang dah kompem2 gemuk. Mcm gajah. Makan gajah atau beruang. Sumpah berkhasiat dan menggemukkan.

kari kepala gajah

2. Gunakan produk yg menggemukkan
Penat Dr Rozmey ilhamkan gain5. Yg lu orang nampak hanya jusmate 5. Kemonlah, jangan hampakan dr rozmey please?

tiba2 gua terpromote mamat ni. arggh

3. Pau makanan orang.
Asal nampak ada makanan lu pau. yang penting halal. Jangan segan2, ni untuk kebaikkan lu jugak kan.
yess, pau semuanya

4. Jadikan malas sebagai hobi
Kalau petang2 kawan lu main bola. Lu jangan la ikut, itu tabiat tak sehat. Lu duduk diam2 kat rumah, tunggu mak lu siapkan makan malam. Habis makan, lu sambung hobi lu, tidur. 
Semakin lu malas semakin naik berat badan lu.

contoh malas tahap maximum

5. Tidur dimana2
Selagi ada masa free, tidur. Dalam toilet, sambil2 lu meneran, tidur lah kejap. Sambil bukak pintu peti ais, lu tidur. Lagi berkesan kalau lu upah sesiapa suapkan lu makanan, sambil2 dia suapkan dan kunyahkan, lu ambil peluang untuk tidur.

  contoh adegan tidur tak kira masa

Manusia mana pernah puas, yang gemuk nak kurus. Yang kurus nak gemuk.  Bila tak pernah puas, timbul perasaan tamak. 
Tamak = benih yg akan memanjang dan berbuahkan angkuh, riak dan cintakan dunia semata. 

p/s: entry backpacking gua buat bila dah ada gmbr2 ok
shawn razaleigh

Wednesday, 27 July 2011

Tiba2 entry ni jadi Wordless Wednesday ha ha ha

Assalammualaikum
yes3, gua pun rindu dekat lu orang.


ha ha ha. Utk mengatasi rasa rindu lu, gua upload gambar sebelum merapu. 
*perasan dirindu disitu

Ok, Alhamdulillah, gua selamat sampai. Tak tahu nak sembang apa sebenarnya, gambar nak tunjuk pun belum ada. Tiba2 nak jadikan entry ni wordless wednesday. kah3. Dasar pemalas.

Nantilah, dah ada gambar baru gua buat entry.

Shawn Razaleigh

Friday, 22 July 2011

Shawn bajet orang puteh lettew. Apahal tajuk entry mengutuk diri gua sendiri?

assalammualaikum

ok3. Sedang menaip dengan sangat laju tanpa menoleh kiri dan kanan.  Walaupun kiri gua ada Hanis Zalikha, kanan gua pula ada Lisa Surihani. Gua pedulikan semua itu. Mainan dunia. Gua terus menaip tanpa arah tuju.


Ok apahal gua ni nak cepat sangat.. haha. Malas nak sembang banyak.
Kejap lagi gua nak pergi Pahang, Terengganu, Kelantan. BACKPACKING!!!
Ha? Wadehel is backpacking?

mcm nilah rupa backpacking tu lebih kurang.

apahal gua bajet orang puteh? ha ha ha. 
biarlah. nama pun shawn. *bajet lagi sekali.

Ni, nak mintak tolong lu orang, doa2kan lah gua sampai kat semua tempat2 best yg gua nak tuju. InsyaAllah beberpa hari lagi gua blogging balik.

Tapi, agak2 kalau gua tak balik dan blog ni mula mengeluarkan bunyik2 cengkerik dalam masa sebulan. ha lu relax dulu, jangan fikir gua dah out, jangan nak buat kenduri arwah cepat sgt. ha ha. 
Alang2 dah doa keselamatan tu, apa kata lu doakan gua kaya cepat jugak. hi hi hi


Ya, gadis2 comel bakal bersama gua nanti. Lu orang jangan menjeleskan diri sendiri, tak baik taww. ha ha ha

shawn razaleigh

Tuesday, 19 July 2011

Guru vs Pelajar Berperangai Syaitonirrojim

Assalammualaikum

Sorry, lama gua tak buat entry, akhir2 ni gua busy menguruskan syarikat milik bapak gua. *bajet2 anak dato'. ha ha ha.
Ok3,cukup. Siapa layan cerita juvana? Gua layan, sebab gua nak tgk cikgu Zakiah yg cun tu. Boleh tahan lah jugak cerita ni.


Sebab drama ni ada banyak adegan buli, so gua nak buat entry "cara2 nak tangani gejala buli dengan lebih berkesan dekat sekolah". Tapi, ini cadangan gua je lah kan, harap mana2 pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan cadangan saya yang bernas ini. *poyo kejap.haha

Ok, cara2 menangani gejala buli dengan lebih berkesan:

1.  Lambakkan guru disiplin ke merata sudut sekolah.
Letak guru disiplin secara rambang. Dalam bilik stor makcik cleaner, bilik buku SPBT, dalam bilik sakit, dan dalam laci meja pelajar sekalipun. 

Contoh guru disiplin ibarat semut bertaburan..


2. Gunakan teknik, "mengurat is better"
Ciri2 guru dispilin adalah; tidak pelu terlalu garang, tetapi perlu kacak dan cun seperti Hanis Zalikha.awww~ Kalau macam cikgu Zakiah tu kira sesuai sangatlah.hihihi. Ini adalah bagi menarik perhatian para pembuli terhormat. Secara kasar, teori yg digunapakai adalah "daripada membuli, baik mengorat cikgu, ye idak?".
contoh adegan mengurat is better


3. Berikan ganjaran kepada orang yang dibuli.
Motif? Supaya si pembuli bosan, mangsa asyik dapat wang saku dari cikgu

 ganjaran berupa wang

4. Denda yang memalukan
Yang dah biasa dibuat di sekolah2; basuh toilet, kemas surau. Tapi, itu dah biasa sangat lah, buat yang rare sikit please. Apa kata gua dahsyatkan lagi. Contoh, denda; menyanyi lagu Friday di perhimpunan atau tiru gaya dr. Rozmey selama sebulan atau mencarut ke atas diri sendiri sambil korek hidung. Ni baru legend.

memalukan pelajar dengan style tersendiri


siapa2 yg  masih sekolah or cikgu sekolah bolehlah praktikkan di sekolah anda. berani? hak hak hak

p/s: blog gua dah ada like box kat belah kanan, kalau suka boleh like :D


shawn razaleigh

Friday, 15 July 2011

Suamiku Curang (ni bukan my first time story)

Assalammualaikum.

Rokiah Shamsuddin dan Jonas Abdullah adalah pasangan suami isteri yg serasi. Baik di ranjang atau di Kajang. *ok apahal gua ni.haha.
Tiada cacat cela perhubungan suami isteri ini, sehinggalah suatu hari, si jiran menjerkah Rokiah.

"eh kiah, laki kau selalu keluar malam kan, dia pergi mana hah?"
"laki aku pergi kerjalah, mana lagi"
"kau jangan kiah, dulu aku pun mcm tu, ingatkan pergi kerja, rupanya pergi mengerjakan anak dara orang, ada perempuan simpanan!"
"ah taklah, aku percaya lah laki aku"



Rokiah gusar dengan kata2 Milah.
Dipenjuru katil. Duduk Rokiah dengan gaya paling sexy. Cuba menggoda si Jonas gamaknya. Kreukk, pintu bilik dikuak, Jonas masuk, tubuh Jonas yang masih basah dan bersalut tuala putih itu dijamah anak mata Rokiah, baru mandi rupanya laki aku. Rokiah menggetap2 bibir halusnya. Tidak tahu apa di fikirannya.
*Ah cukup! lu orang jangan fikir gua nak buat cerita lucah
Tiada sekilas pun si Jonas memandang isterinya. Jonas terus bersiap. Rokiah hampa.

aksi Rokiah yang tidak berbalas


"Abang nak pergi mana malam2 ni ha?"
"eh nak pergi kerja lah"
"Kerja apa bang balik sampai esok pagi? kalau dah bosan, lepaskan je saya ni"
"eh awak ni, dah gila ke apa?"
"Abang ada perempuan lain eh?"
"Makan penampar jugak bini aku ni kang, akukan kerja guard, shift malam, memanglah kerja malam"
"yeke?hehe"

Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan terganggu ikatan hubungan. Ha kan gua dah terbagi ceramah.haha


 

p/s: cuba tgk kanan blog gua! hamagadd2, blog gua dah ada like box. cepat like!!!! hua hua hua

shawn razaleigh

Tuesday, 12 July 2011

"Mak2, Shawn nak kahwin boleh?"



Assalammualaikum

Gua baru lepas balik menolong sepupu gua kahwin dekat Melaka.
Dan gua terfikir, macam mana gua nak bagitahu kat mak gua bila gua dah nak kahwin nanti ea? haha
"Mak2, Shawn nak kahwin boleh?" perghh macam ada sinar2 dapat pelempang je. haha. Baligh pun belum.

Nak meminang pun satu hal lagi. Tapi gua dah prepare tips meminang berikut, perkara2 yang dilarang keras ketika meminang:

1. Memesan minuman- Ni memang kes kurang ajar. selamba adab je lu order teh tarik banyak buih kat bakal pak mertua lu. Kalau macam ni lah gaya, tak mustahil  dia lempang lu dengan tv plasma dia.

contoh adegan order mengoder

2. Mencarut- Memang hobi budak2 zaman sekarang mencarut tak kira time. Tapi tak payah lah mencarut time meminang. Nak2 mencarut yang lucah2 time balas2 pantun.

contoh pantun yg bakal dibalas dengan selipar jepun

3. Salah ngorat- Lu punya lah mengenyit mata kat anak tuan rumah yg sebenarnya bini tuan rumah. Sah lobam biji mata bila balik dari rumah tu.

4. Menyamar sebagai pegawai banci- What?? Konon2 lu pandai buat lawak la? Nak ambil hati pak mertua lettew. Ni nama dia bangang dol. ha hah ha

pegawai banci

Melayu kita melayu beradat. Nak kentut pun bertempat. Apa lagi meminang dan buat perhimpunan bersih. eh? eh? Cuba buat entry suka ramai "bersih". hahaha.

*ok3, yang ni boleh sing along ramai2:

Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih 
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih 
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih

p/s: gua mmg tak pandai reka tajuk entry

Shawn

Friday, 8 July 2011

Berdua2an di dalam lif. Apa hukumnya?


Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah.

Assalammualaikum,
Ya, memang sengaja gua mulakan dengan lagu pantun budi supaya blog ni nampak mcm ada unsur2 budi dan kemelayuan. hak hak hak. Sebab entry ini agak tidak berbudi bahasa.
---------------------------------------
Baiklah.
Lokasi: lif cyberia, cyberjaya
Babak: berdua-duan dalam lift. 

Remaja contoh Malaysia, S, nak terkentut. Tidak dapat dibendung lagi. Langkah biasa digunapakai, mengangkatkan sedikit kaki kanan. Dan ahhhh. Lega riak muka beliau. Mungkin lebih enak dari seks. Akan tetapi, beliau terlepas jenis kentut sopan, halus bunyinya. Malu2 kucing. Mungkin wangi bagi S. Natijahnya:

rakaman CCTV

Awek: kentut ke?
S : tak!

......

S: Kita berdua je, kalau bukan saya, mesti awak. Hish!
Awek: Gile!
------------------------------
 
yeh mari sambung.

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan
*tapayah nak nyanyi sekali lah!

p/s: gua marah ni, biasa lah kentut bukan berak pun
p/s 2: jangan pandai2 nak teka S tu gua. 

shawn
mari berbudi

Wednesday, 6 July 2011

Semut Hitam Juga Punya Perasaan


Assalammualaikum.

Ahem3. Ok. Hari ni kita cerita fasal semut. Gua suka perhati semut. Lagi2 semut hitam. Lu orang perasan tak, kalau semut hitam ni berjalan atau berlari, then tiba2 terjumpa kawan dia, kompem dia akan merapatkan kepala seolah2 berbincang sesuatu. Ya, mungkin juga tengah bercomolot. Hik hik hik

Dari penilitian gua, gua rumuskan sebenarnya semut hitam sedang melakukan aktiviti berikut:

1.Terjumpa kawan lama. 
Seharian berkerja, sangat penat, jumpa kawan lama. Pergh, memori lama terimbas di ingatan. Biasanya bila jumpa kawan lama, lu akan tanya apa dia buat sekarang. Samalah macam semut hitam pun.


2. Sembang awek cun. 
Selalu kalau lu jumpa awek cun, lu akan bagitahu kawan lu, “oi, cuba tengok, awek 2 cun tak hingat dunia lah”. Semut pun mcm tu juga gua rasa.
 
tak payah nak byk sgt komplen semut hitam legam.

3. Banding fizikal.
Menjadi lumrah semut hitam untuk membeza2kan sesama mereka. Mereka ni kulit sama hitam, tapi hati lain2. Nampak je mcm semua negro.

 contoh adegan banding-membanding

4. Salah orang.
Kadang2, kita tegur orang, ingatkan kenal, rupanya salah orang.Malu jugak lah. Kalau semut, salah semut lah kan? hak hak hak

contoh tragedi memalukan

heh, oklah. 
Masuk part pengajaran: "Bergurulah Dengan Alam"

Semut- sentiasa berkerjasama
Lebah- sentiasa hinggap di atas bunga-bunga dan putik-putik buah. Kemudian, menyebar kebaikan itu ke merata tempat.
Ikan- tetap pendiriannya,sekalipun air laut itu masin, namun isi ikan yg kita makan tidak sama sekali. kecuali ikan masin lah kan. hehe


p/s: krdt to aqilah ilham n zhaf.

chow.
shawn razaleigh

Friday, 1 July 2011

Ustazah gua cun

assalammualaikum

Gua terinspirasi dengan entry buli kaja harun sebenarnya.
Kebanyakkan lu orang mesti pergi sekolah agama petang2.
Ya, sekolah agama
sebuah tempat paling best untuk lu menguji tahap kenakalan lu.

Gua tak tahu, sekolah agama gua je ataupun semua sekolah agama macam ini:

1. Time ustazah tengah mengajar, gua boleh makan tebu.
Makan beb. Bukan minum air tebu.
Sial. Sumpah rasa macam anak muda kampung dusun.
Makan tebu batang sambil belajar. Sumpah cool.

contoh adegan makan tebu

2. Main kejar2.
Ini agak kurang ajar.
Sebab gua main kejar2 bukan dengan budak tapi dengan ustazah.
Ustazah keluar kelas ikut pintu depan, gua masuk ikut pintu belakang. Dia kejar ikut pintu belakang, gua ikut pintu depan. Sampai sudah, siapa mengah dia kalah. Ah kamon lah, gua muda, kompem gua menang punya.

3. Time rehat-
*najis seladanglah kalau pergi makan. Lagi bagus pergi main bola botol.
Dalam botol tu isi batu bagi berat sikit. Sekolah agama ni biasanya kena pakai sampin. Kadang2 botol tu akan termasuk dalam sampin lu. Dan lu akan keliru adakah lu punya burung merpati akan menjadi sebesar itu bila dah baligh nanti. -__-!!

contoh adegan bola hilang

4. Zaman ni zaman tengok wrestling.
Pergi sekolah bukan nak belajar. Tapi nak praktik ilmu wrestling yg lu orang tgk malam tadi.
Lepas tu, kalau keluar gambar The Rock dekat surat khabar, semangat pergi photostat. Kertas photostat tu letak kat pencil case yg sebenarnya kotak tape baja hitam. Betul tak betul tak?

kotak tape yg dimaksudkan

5. Buli budak perempuan. Ini memang menjadi satu kewajiban. Ala macam mandi wajib lah jugak. Wajib kan? err ada kaitan ke? hak hak hak

ni bukan sekolah agama. gua dah malas nak lukis. haha

Cukup.

Sebenarnya Ustazah yg mengajar kat sekolah agama tu dah nyanyuk bahasa kasarnya, bahasa halus tak tahu gua. Gua agak sebak. Dosa setinggi gunung gua tak tahu mana nak letak.  Kalau gua mintak maaf pun, gua tak tahu dia ingat gua ke tak.

hoi ingat gua ni jenis orang tak ada perasaan ke?  tacing ni


Gua pesan sikit boleh? respek people, guru, lagi2 ustazah. Selamat hari guru.

p/s: Yg paling gua keliru kenapa time sekolah kebangsaan gua jadi sopan. Sopan gua tu kira layaklah jadi menantu en zainal. hak hak hak

 
anak en zainal

shawn razaleigh
ampun dosa saya ustazah sharifah. :'(

r k g fb like

r k g