Wednesday, 29 June 2011

permainan budak belum baligh.


Assalammualaikum

Pedal minyak kereta Myvi ditujah rakus Izlan, kawan gua. Gua macam biasa, duduk macho di sebelah beliau. 
Sedang asyik memandu, tidak semena-mena. “ wah, apakah itu?” gua kaget, kelihatan segerombolan orang india berusia sedang bermain galah panjang. Ada lagi ke orang main galah panjang?

Dah cukup kot. Tak reti gua nak buat introduction ala2 novel. Haha. Senang cerita, hari ni gua nak sembang permainan zaman kita kecik2.

1. Kejar Duduk. 

Game ni paling hot time gua sekolah rendah. Apa taknya, game ni je yang membolehkan gua tarik tudung perempuan dengan rakus. Kecik2 dah gatal. Hua hua hua




2. Polis Entry- 

gua pun tak pasti apa nama game ni sebenarnya, polis entry atau polis and thief, yg gua pasti lagu dia, polis entry want to jaga polis mati pencuri jaga. Ah apa ke sial lagu ni.

kalau macam ni lah rupa polis, mmg asyik gua jadi pencuri lah


3.  pepsi cola- 

game main pijak2 kaki.ahaha. lagu game ni pun boleh tahan jugak, ice cream soda pepsi cola, buatan Malaysia. 
Sebuah game yang paling kuat ditentang parents gua, sebab kasut sekolah kotor kena pijak. Biasanya mak gua akan wrestling gua kalau gua main game bangang ni.



4. main keluarga2. – 

Bagi gua ni game paling tak membina budak perempuan reka. Ada watak mak, ayah, anak. Masak rumput segar, makan rumput segar. Eh come on lah, bagi mencabar sikit please.

contoh adegan balik kerja

Cukup kot. Gua nak berpesan dekat budak2 zaman sekarang. Pergilah bermain. Gua tengok budak2 zaman sekarang dah tak ada benda2 ni semua. 
Yg dia orang tahu, bukak youtube layan bieber. Tak berkembang. Kecik2 dah ada facebook. Tgk facebook 24jam. Tak beku otak ke?

shawn razaleigh.
p/s: apa game2 lain yg lu main dulu?

Monday, 27 June 2011

Hanya si kacak mampu lakukan

assalammualaikum

mencarut. mencarut. mencarut.
ahh sial. Gua mencarut paling banyak semalam sepanjang hidup gua.

Gua pergi Port Dickson semalam. Saja lepak2 dgn gang2 lama. dalam ramai2 tu, gua sorang je yang belum baligh. Umur baru 14 lah katakan. Tapi tu bukan punca gua mencarut pun. keh keh keh

Dah lepak tepi pantai mesti lah nak buat unggun api. baru macam movie mat salleh sikit ye idak. 
So, gua pun pergi cari kayu api dengan member gua...

habis yusserghy dah ni
tiba-tiba..

gua buat magic. gua hilang

ah sial. gua jatuh longkang. barbie barbie barbie. sumpah barbie.
Gua mencarut empat kali. kemudian gua berzikir. Dalam hati, tak apa lah, sekali sekala jatuh, baru jantan.
Gua cuci kaki gua kat pantai.

balik dari pantai lalala~

Dan gua pun pergi balik kat member gua tadi. tiba-tiba lagi,

gua buat magic lagi

ahh. ni sumpah celaka. barbie. barbie barbie, barbie. Kali ini gua mencarut tanpa henti. 
barbie, Si kacak mana yang mampu jatuh longkang dua kali satu malam dan dalam masa 3 minit 20 saat. ahh. sial.



p/s: gua syak memang ramai jatuh kat situ, sebab golap golito.


shawn razaleigh
kaki seliuh. demit.

Saturday, 25 June 2011

Nak Bogel Pun Boleh

Assalammualaikum

Semalam gua pergi downtown cheras, lalu sekolah lama gua. ASiS (alam shah science school).

Sekolah ni semua jantan, yg betina: cikgu, makcik kantin dgn cleaner je. dan mungkin 3,4 ekor kucing betina gatal yg asyik bunting. 


sekadar hiasan


Bagi gua, sekolah ni damn best, sebab semua lelaki. Sial. Gua tak gay. 
Kenapa gua suka sekolah semua lelaki? sebab lu nak buat apa2, lu tak payah nak cover macho ke-yusserghy-an lu. Buat relax sudah. Tak ada nak malu2. *ok dah tahu tujuan gambar hiasan

Contohnya, lu nak pergi kelas, baju tak payah gosok pun tak apa, spender? tak payah pakai pun tak apa. Biarkan burung merpati lu hidup bebas. Hak hak hak

Dari perspektif kentut pula(perspektif beb), lu kentut la sekuat mana dalam kelas, takkan ada member nak mengutuk, mengaum kat lu punya. Silap2 dia balas mesra kentut lu tu. Haha. Boleh kata macam bersembang guna kentut gua cakap. Kalau dengar potpetpotpet dari luar kelas tu, ha tu bukan perempuan bergosip, tu budak tengah lawan kentut. Bergaya tak, bergaya tak?haha


 contoh sembang kosong

Ni gua bagi contoh sekolah lain yang satu jenis juga.

*seseri, saser, MCKK dan sekolah hanakimi tu

So lepas ni, agak2 anak lu dapat offer sekolah satu jenis macam ini, kompem, jangan fikir panjang, packing, bungkus terus pilih loker, katil asrama. Kompem tak menyesal punya.

p/s:
1. Antara produk sekolah gua yg paling berjaya Hamzah ian. Relax je main ym dgn lisa surihani sekarang. Berjaya tak? Bikin panas betul.
2. Sekolah semua perempuan dia orang suka buat apa eh? Hhmmmm..


shawn razaleigh
merapu lagi

Thursday, 23 June 2011

Cerita Nora Danish, Nenek Tua Diragut

assalammualaikum


nama gua shawn, yang belum kenal boleh berkenalan lepas ini.
ini adik gua, jai. sanggup buat apa sahaja demi duit.
Kuala Lumpur..
ah cukup, tak payah nak KL gangster sangat.

semalam gua ada terperasan berita nenek tua kena ragut, kalau juta-juta tak apa. ini 1.50sen je kalau tak silap. nak beli layang-layang pun tak cukup ni.
tapi lain lah kalau lu ragut 50sen. dan 50sen tu milik nora danish. nampak lah sikit paedahnya kan. lu nampak tak, nampak tak?  jgn nak tuduh gua bercakap pasal nasi lemak 50sen nora danish. tak ada kaitan. main tuduh-tuduh je lu ni. hak hak hak
contoh scene meragut dalam movie

gua kat sini, nak beri ingat sikit kat peragut2 yang terbaca blog gua. rajin pulak peragut nak main internet ye idak? tak kisahlah.
lu kalau nak meragut, janganlah meragut nenek tua. ragutlah tauke emas ke,  saudagar minyak ke, yusserghy KRU ke, ha kan dah kompem2 kayo.
tapi betul jugak, tak ada kerja yusserghy nak melenggang kangkung tepi jalan dan tiba-tiba diragut.


ah pergi mati. gua ni kalau menaip laju2, gua memang akan sesat, tah apa2 gua tulis.

chow,
Shawn Razaleigh

Wednesday, 22 June 2011

iklan lucah bakal kembali di kaca Tv

assalammualaikum


hamagad, cerita panas gua ada ni.
lu bacalah paper hari ini. dah masuk paper.
gua yakin tak lama lagi masuk tv.

dengan suara perempuan mendesah 18sx,
lelaki mana yang tak tergoda.
apa dia?
semestinya Kurma Yusuff Tayoob. hak hak hak


yusuffff taiyooob~

nasib baik nama gua bukan yusuf,
kalau tak tiap kali perempuan tu memanggil "yusufffff~"
gua akan cakap, "ye, yayangg nak skill apa hari ni. hak hak hak
skill banana kick, asam boi, pena terbang, atau lipatan kenangan?"

ok2. fokus. kalau keluarnya iklan YuTa ni,
maksudnya apa? dah nak puasa. yeah, pandai.
rasa macam baru je lagi ponteng
puasa tahun lepas kan. *jangan percaya
alih2 dah masuk puasa lagi.

kalau dah nak puasa, lu tahu kan maksudnya?
dah nak raya. haram, pandai betul.
kalau dah nak raya?
maksudnya banyak duit raya. *percaya diri masih belum baligh

dan, dan, dan ni apa hal blog gua cerita fasal raya?
puasa pun tak habis ganti. caittt. potong betul.


chow,
shawn razaleigh

Tuesday, 21 June 2011

Lisa Surihani kantoi kentut berduet dengan Yuserghy.

assalammualaikum


gua nak cerita fasal kentut sebenarnya hari ini.
semua orang kentut, jangan malu. busuk dengan tak busuk je bezanya.
Obama pun kentut, Lisa Surihani pun kentut, Messi, Hanis Zalikha, semua kaki-kaki kentut punya orang. purata 14 kali per day tu.



so after this, agak2 lu terlepas racun yang satu ni, dan semua orang buat muka pisey kat lu, lu sound sipi sikit, Sharifah Aini pun kentut la der. ini kan pula lagi gua yang innocent. dan susulkan dengan  gelak syaitan. ngih ngih ngih.


ahh haram betul, takkan tiap kali nak buat entry nak kena cerita fasal kentut. entry kentut, entry kentut, entry kentut. siapa mahu, siapa mahu.
haha. siapa suruh pilih tajuk blog macam haram ni? hak hak hak


shawn razaleigh

p/s: tq follower. cargass betul.

Monday, 20 June 2011

Sesi Suai Kenal

assalammualaikum.


ok. 1st entry.
lu orang boleh panggil gua shawn atau razaleigh kalau lu malu nak panggil gua brad pitt.

blog dicipta atas suka2. dan bagi menggantikan blog lama.

ok. sila beri support. :) follow me okay.

Fart Pictures, Images and Photos
Terbang Bersama Rasukan Kentut




p/s: kalau lu orang tahu blog lama gua. senyap2 sudah. hehe. nak mula hidup baru. 



chow,
Shawn Razaleigh

r k g fb like

r k g