Monday, 26 December 2011

Ketagih: kaki like status kat fb

assalammualaikum

Bagi yang tidak mengenali, nama gua Shawn. Shawn Razaleigh. Orang selalu keliru antara gua dan gambit. haha. Gua pelajar perubatan tahun 3 dan blogger paling rajin dekat Malaysia. Semalam gua dah up satu entry ini hari gua up lagi satu. Rajin bukan? ha ha ha. *padahal blogger lain sehari buat 3 entry.

Ni semua sebab ada awek tulis mcm ni kat fb gua

''kalau update blog berbulan sekali tabolehlah nak lawan hanis zalikha weh.''

mendengar nama hanis zalikha, terus gua bersemangat untuk update blog tigabelas kali sehari. ha hah ha

Baiklah, hari ni nak cerita fasal fb. Kaki like.
Pantang nampak status baru, mesti like. Gua ada kawan pesen macam ni dulu. Semua benda kat news feed dia like, bahkan, kalau ada pic awek bergambar dengan duit ajak masuk MLM pun dia like. Ya, memang legend. Dalam kehidupan sebenar pun gua panggil dia Izzat legend. nama betul dia Izzat Izhar. Sila add fb beliau untuk dapatkan lebih banyak like pada status anda.

Ok2. fokus. Berbalik pada tajuk entry, gua syak kehidupan kaki like ni mcm ni kot:







hahaha. macam tu ke? dari buang masa tekan f5 lapanbelasratus kali, lebih baik pergi menunggang kuda, memanah atau berbasikal. 

Kalau nak like, like lah benda yg berkaitan dengan lu. 
Dan like lah benda2 yang patut. Ini tidak, orang mati pun lu like. apa lagi kalau ada gambar 18sx sikit, kompem tangan lu gatal je nak like.

p/s: Kaki like yang baca entry ni, cepat like entry ni. Nak comment sekali pun boleh. bahahaha
p/s 2: ada jugak tak suka like, tapi suka status sendiri di-like. ini boleh tahan haram jugak perangainya.
 lagi jahanam pergi like status sendiri.
xbox: ok tapayah terasa sentap sangat. ha ha hah

shawn razaleigh

Sunday, 25 December 2011

Nak ngorat perempuan ayat mesti power, muka pun power baru dapat couple dengan lisa

assalammualaikum

Baiklah. alasan gua tak update 2minggu kali ni adalah; berokbeng gua hilang. Gua harap alasan ni cukup kukuh. Agak keji sebenarnya bila gua tengok bulan Disember ni 2 kali je gua update. ha ha ha

Ok3. Hari ni gua nak ajar cara ngorat awek. Ya2, gua bukan pakar pun, cinta gua pun kandas di tengah jalan hari tu.  Tapi pergilah mati. Gua nak pura2 pakar and nak share teknik2 yang sesuai. so mari mulakan:

1. menyamar retis
Kalau muka dah tak kacak tu, tapayah nak beli pencuci muka macam2 sangat bro, gua sarankan, lu google pic artis2 hot kat internet, lu print, lu jadikan topeng. pakai topeng tu untuk ngorat.

topeng gambut sepulah

2. alim
kalau jumpa yg berkenan, saudara janganlah terus gelojoh dengan berkata "aha, saudari cun sangat ni, bak no fong sikit". sebaliknya katalah macam ni "saudari, boleh saudari tunjukkan arah surau?''  sambil2 dia tunjuk tu baru mintak no fong.

alim alim meow

3. kaya
zaman sekarang zaman duit. teknik ni mudah. bocorkan kocek seluar lu, buh syiling banyak2. so setiap kali berjalan, duit syiling akan sentiasa mengalir dari celah kangkang anda. itu sangat bergaya dan kaya bagi perempuan. gua agak je lah. ha ha

duit mengalir

4. seluar ketat
skill ni tak lain tak bukan skil pandanglah lihat lah aset ku yang cantik. lalalalala. gua tatahu jadah apa sebenarnya ni. Sama jenis dengan perempuan pakai baju ketat tunjuk aset.

aset

5. straight to the point
kadang2 cara cakap terus ni yang terbaik. senang. mesej yang disampaikan pun jitu dan tepat.

Ni kali terakhir muka lisa gua tempek dlm blog ni

Ok3. Isnin ni gua start posting dekat Hospital Terendak, Melaka. So awek2 cun area sana bersiap sedia kena ngorat. awrrrrrrrr. ha ha ha


shawn razaleigh

Wednesday, 14 December 2011

Abang afro dan paip hikmatnya

assalammualaikum

Lama tak update. Meh gua nak mengarut sedikit. Dalam entry ni, gua nak memperkenalkan produk serbaguna yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam hidup. Jadi, nama produk tersbut adalah

TARAAAA.

Paip Hikmat

Ya, paip hikmat. Ok bertenang, jangan excited dulu tuan puan.
HAAA yang jauh mai dekat, yang dekat mai rapat, yang dah rapat jangan main gesel2 pulak. ha ha ha. Mai kita tengok apa luarbiasanya paip ini:

1. Mampu membuat jus buah2an
Teknologi ni memang sesuai dimusim-musim panas ni (tak pedulik walaupun sekarang tgh musim hujan, haha). Ianya selamat berbanding blender buah2an yang bilahnya tajam dan mengerikan.



2. Buang lemak berlebihan di badan
berat badan berlebihan? lemak di sini sana? mengelebeh dan kurang menarik? payu dara terlalu kecil? eh. silap. ha ha. Gunakan paip hikmat utk kurus yang abadi :


3.Keluarkan getah dari pokok getah (bagi penduduk desa)
di desa juga di kota, dia datang memberikan baktinya demi hidup aman sejahtera~kluangman, kluangman, keeeluangmannn~ awrrrrr. Dengan teknologi ini, kayo rayo lah wan den kek nogori 9. Nak gotah yo, puleh yo kepalo paip tuha.

di desa

4. Keluarkan ilmu berlebihan. erkk
Agak2 kalau rasa diri tu tak berapa cerdik. Tanamkanlah paip hikmat di kepala member2 lu yg genius dan nerd. Nganga dan nikmati hasilnya. bahahahaha

sharing is caring faking

Ok3, cukup. Terlebih mengarut sudah. hehe.
Ada benda perlukan usaha berganda tanpa teknologi.
Tapi kalau teknologi tu dah ada, jangan jadi bangang. Gunakan teknologi sehabis baik dan tuai hasil yang berkualiti.
yeeeha seronoknya cuti~

shawn razaleigh

Tuesday, 29 November 2011

beza budak sekolah menengah vs sekolah rendah

Assalammualaikum

ok entry hari ni bertemakan, Perubahan Masa Mematangkan Manusia. *tapayah nak serius sangatlah topic lu tu, ni bukan pertandingan pidato. eh lama tak sebut pidato. pidato. pidato. pitado. ok dah puas. hah ha ha

hah. lu orang perasaan tak perubahan perangai masa sekolah rendah berbanding sekolah menengah, kalau tak perasan, meh gua buat sesi ulang kaji.

1. Budak berkumpul ramai2.

Sekolah rendah: bila ada ramai budak berkumpul mesti dia orang ingat ada game, and excited nak join. Macam game ice krim soda, tahu tak? Ala yg main pijak2 kaki tu. Aiskem soda pepsi kola buatan malaysia. Ha kan gua dah ternyanyi lagu dia.awrrr

Sekolah menengah pulak, bila ramai budak berkumpul, maksudnya kompem ada gaduh.


 maksud berkumpul adalah bergaduh

2. Excuse me teacher, may i go to the toilet
Sekolah rendah: Maksud ayat ini adalah dah taktahan nak buang air. Kena pergi tandas dengan kadar segera, sebab biasa teacher bagi masa 5 minit je
.
sekolah menengah: maksudnya, jangan harap gua nak masuk kelas lu balik lepas ni cekgu.

cth keadaan selamat tinggal kelas

3. Fashion
sekolah rendah: Lelaki, rambut mesti belah tengah ala2 tomok newboyz. kalau belah tengah tu boleh buat jambul dapat markah lebih sikit.

sekolah menengah: bagi perempuan, tudung harus singkat, kain harus singkat, kasi nampak stokin. Baru kena dengan jiwa memberontak uall ye idak? hah ha ha.Awrrr

fashion banjir. Jgn ckp lu tak pernah try. pernah kan?awrr

4. Gaduh laki perempuan
Kalau sekolah rendah dulu, gaduh dengan perempuan, terus babab montot dia guna bare hand kalau sekolah menengah, nak babab jugak tapi tak mampu.hahaha

malu2 tapi mahu.

itu je kot. haih sedar tak sedar dah lebih 5tahun gua tinggalkan zaman sekolah. oh kalau lu nak baca zaman gemilang time gua sekolah dulu boleh klik ustazah gua cun.


chow
shawn razaleigh

Sunday, 20 November 2011

Calon2 wanita pilihan lelaki

Assalammualaikum

yeah. gua kembali dengan rekod baru. 3minggu tak update blog! kali ni paling lama pernah gua buat.  haha.

Minggu ni (bajet2 update setiap minggu) gua nak buat entry fasal calon2 yang sesuai untuk dijadikan isteri/gepreng. Atau apa yg lelaki pandang dekat perempuan utk dijadikan teman sehati, sejiwa dan sepancreas.


Pertama.
Haruslah seorang perempuan
Syarat ini adalah yg paling utama. Jadah apa kalau syok2 kahwin, tiba-tiba time malam pertama, isteri lu tu sebenarnya adalah seorang lelaki. Tak ke sibai namanya..

 contoh pencemaran malam pertama

Ke-dua
Rupa yang cun
Kebanyakkan lelaki, first akan tgk muka. lepas tu baru benda2 lain.

tackle awek cun

Ke-tiga
Aset
Aset utama yg lelaki akan tgk adalah tetet. ya, tetet, ini kenyataan. Jadi, kalau tetet tak panjang sedepa, jangan berangan nak dapatkan aaron aziz. eh pakai depa pula ukurannya ya.awrrrr

ini aset

Ke-empat
Pandai memasak
Haruslah mencari bini yang pandai memasak. Apa2hal nak makan senang. lagipun orang kata cara nak pikat suami adalah melalui masakan bukan air mata. diulang bukan air mata. ha ha

 contoh masakan segera

Dan yang ke-terakhir
Pilihan ibu
pilihan ibu biasanya adalah yang terbaik, tertepat dan terAwrrrrr.

contoh pilihan ibu. awrrr

Bila fikir balik, cukup aaron aziz ke kita nak awek2 yg cun, bini2 yg awrr. Jangan nak memilih sgt lah kalau diri tu pun tak sempurna lagi. eh apahal gua ni.haha. chow

Shawn razaleigh

Wednesday, 2 November 2011

Jenis2 berak yang dilarang keras

Assalammualaikum

Ini intro:
Ketika gua buat entry ni gua sedang berbaring sambil berfikir intro apa yg patut gua buat kali ini. Sedar tak sedar, gua dah siap intro untuk entry kali ini. keh3. Ok2. tak lawak.

Baiklah, sekarang mula part yang lebih serius:
Ini hari gua nak cerita fasal berak. haha. Tak payah nak rasa geli sangat. semua orang dalam dunia ni berak, Sharifah Aini pun berak jugak. Ok sekarang dah boleh mula rasa geli sikit. ha ha ha.

Gua teringat masa gua study kat manjung dulu. Toilet terletak dalam kelas. Jadi proses pem-berak-kan
agak terganggu. Kenapa? Sebab akan berlaku jenis2 berak yg dilarang dalam dunia. ah fak3. bengang pulak gua asyik tulis berak. berak. berak. demmm

Ni ha jenis2 berak yang dilarang kalau ada toilet dalam kelas:

1. Dilarang menghasilkan bunyi 'plup2'
Plup, plup,plup. Bunyi ini terhasil apabila sebongkah tahi menjunam ke air dalam mangkuk tandas. Terganggu proses study tahu?



2.Dilarang memberak sambil mengeluarkan bau
Bau semerbak akan menguasai ruang kelas dan semua akan pening akibat kekurangan oksigen. Lu keluar je dari toilet, lu dah boleh nampak kawan2 lu semua terbaring dan dah mati pun sebenarnya. Ok over imagine. ha ha hak



3. Dilarang membunyikan bunyi "pret3"
Ini bunyi terhasil gara2 menyelam sambil minum air. Sambil2 berak, lu kentut. Memang al sibai lah bunyi nya.



4. Dilarang mengerang. Sangat, sangat-sangat dilarang.
Ya, walaupun lu berak jenis saiz batu bata, tapi tak perlulah mengerang okay. ahhhhh~


Shawn Razaleigh
please berhati2 ketika berak.awrr

Sunday, 23 October 2011

Perubahan cita2 gua: Shawn Razaleigh

Assalammualaikum

Yey gua busy, sebab tu dah lama tak update blog. *Wahai shawn, cuba cari idea lain. Tiap kali lama tak update je mesti lu nak bagitahu yang lu busy dekat intro. Lama2 readers pun jadi menyampah dengan intro yg sama. Bagitahu jelah readers yg lu tu malas update shawnn.. haha. Ok3, gua malas, gua malas, gua malas. puas? puas? puas? hah ha ha

Kali ni gua nak cerita fasal kisah cita2 gua dulu. Cerita dia macam ni.......
Penonton senyap, Tirai dibuka, lampu2 dimalapkan, lampu terang pula ditujukan ke pelakon utama, Shawn . *gaya2 drama dalam buku komsas tingkatan 2 dulu. hahaha. ok cukup2, dah lah jarang update. mengarut kemain panjang. keh3.

Ok sambung, cita2. Dulu cita2 pertama gua nak jadi power ranger merah. Sebab gua perasan power ranger merah paling hebat. Bila dah hebat, power ranger pink suka. hehehe. Cita2 ni kekal sampai lah power ranger putih datang, dah la lagi hebat, rambut panjang berikat pula tu, cool. Gua rasa kalah, lantas gua pun tukar cita2.

dulu ranger merah lah yang paling disayangi

tapi... selepas kedatangan ranger putih,

gua pun dah malas layan power ranger




Lepas peristiwa tu, gua tukar cita2,  nak jadi polis. Ni pun pengaruh tv, roda2 kota raya. Gua fikir jadi polis ni best, selain dapat tembak2, rakan sekerja pun cun2, penjahat pun cun jugak kadang2. perghh untung2.awrrr. Tapi tulah, mak gua tak kasi gua jadi polis. Takut kena tembak. haishhh


Bila dah besar sikit, gua tukar cita2 lagi, kali ni gua nak jadi pilot. Sumpah cita2 ni bukan sebab pramugari yg cun tu. Sumpah. Sumpah. Sumpah. Dah sebut tiga kali pun lu tak percaya lagi ke? SUMPAH lah oih. Haha, okay. yelah2, sebab pramugari cun gua nak jadi pilot.hahahaha. Tapi malangnya, time gua form 4, gua rabun. So dah tak boleh jadi pilot.


Last2, course gua sekarang berkait dengan hospital. Pun ramai gadis. keh3. Bila fikir2 balik, gua ni nak kerja ke nak perempuan.awrrrr


 shawn razaleigh
mata berlari liar

Monday, 10 October 2011

apa yg perempuan tak faham fasal lelaki

Assalammualaikum

ahem. ok3. jangan buat2 tak kenal dekat gua ni.
Ini gua, shawn. Baru 2 minggu je gua tak update, jangan pura2 lu orang dah tak kenal gua.hahaha

Baru2 ini, ada dua orang request utk gua buat entry fasal
"apa yg perempuan tak faham fasal lelaki". Jadi gua akan cuba jawab soalan2 yang diutaraselatankan.

1. Kenapa lelaki suka tengok bola.

Awrrrr3. Come on~ kami lelaki, kalau tak tgk bola, takkan kami nak tgk batang kayu hammer? bola beb, bola. kalau lelaki yg suka tgk kayu hammer kompem gay.

 cth menyaksikan perlawanan bola sepak. ok bukan perlawanan.awrr

2. Kenapa lelaki suka buat sepah, tapi tak suka kemas.

Kami bukan buat sepah, tapi kami memang suka kumpul sampah, bila dah banyak nanti, kemas lah, So tak payah buat banyak kali kerja, asal sepah je kena kemas, sepah kemas, sepah kemas. Buang masa tahu? Dah tu, bila nak sembahyang 5 waktunya. acehhh.

 hobi

3. Kenapa lelaki tegur perempuan tanpa ada sensitiviti, contoh: "buruknya baju kau, limah"

Inilah lambang kejujuran lelaki. straight to the point. haha. benda buruk cakap buruk, benda baik cakap awrrrrrrrrrr terbaeeekk!

jujur

4. Kenapa lelaki tak tahu yg perempuan tu sebenarnya tengah merajuk.

Kadang2 tu, tahu je perempuan tu tgh merajuk. Tapi, kalau pujuk jadi lagi berat, menangis bagai. So, lelaki buat2 tak tahu, and cuba alih cerita, supaya dia lupa apa yg dia merajukkan and tak menangis. ha macam tu lah kot.haha

cth adegan pura2 tak tahu gegirl merajuk


5. Kenapa lelaki suka usha perempuan

Ni paling gua marah. Nak usha pun tak boleh. kang kalau usha pondan kang, baru lu orang tahu.

 usha awek

6. Kenapa lelaki suka pakai seluar ketat2 sampai ternampak.. ternampakkk awrrr

haha. jadah ni soalan mcm ni. gua tak sure apa jawapannya. sebab gua tak buat. tapi macam perempuan yg suka pakai baju ketat utk tunjuk asetnya, mungkin lelaki pun macam tu, memperdagangkan aset di khalayak ramai. Pandanglah lihatlah aset ku yg cantik. ok. geli. fak3

adegan mempamer aset

So gua dah jawab soalan lu orang. Kalau lu orang ada soalan lagi, gua cuba buat part two. Laki ke perempuan ke, sama je, dua2 susah nak faham. ye idak?awrr

p/s: idea entry: effa suaif, yuyu ali
soalan2: effa, anis, basirah, ira zayyani dan budak2 fb.
p/s 2: kalau belum baca, klik -> apa yg lelaki tak faham fasal perempuan.


shawn razaleigh

Saturday, 1 October 2011

Apa yang lelaki nak tahu fasal perempuan. Awrrr

Assalammmualaikum

Perempuan selalu dikatakan sukar difahami. hormon turun naik katanya.
Rasa bersyukur kerana gua seorang lelaki tanpa tetet dan tanpa yeyed setiap bulan. Jadi, tak perlulah nak habiskan duit utk beli pad bersayap atau beli bra berjenama 1 malaysia. ha ha ha

Tapi apa yang gua betul2 tak faham adalah:

1. Kenapa perempuan kalau nak pergi toilet mesti kena ada teman.

Pergi toilet kompem nak buang air. Gua syak dia orang memang suka pergi secara berkelompok utk membandingkan saiz tahi yang terhasil. siapa paling besar dia menang. Keluar toilet, cover ayu balik. awrr

rahsia di sebalik ke tandas beramai2


2. Kenapa perempuan selalu panggil "sayang" dekat BFF dia.

"Sayang, cantiknya u~"
ok, bukan gua nak jeles, tapi selalunya yg BFFFF ni lah yang akan gaduh nanti. time tu dah tak panggil sayang, panggil "jalang".
"Perempuan jalang, lu rembat balak gua pahal?"

 cth adegan lu rembat malik, gua rembat lu *tiba2

3. Kenapa perempuan nak kena ada berpasang2 kasut.
Kenapa, kenapa, kenapa? kaki ada dua je kot.

ayam vs labah2

4. Kenapa tudung ada bermacam jenis?
soalan yg agak bangang. Tapi serius, hebat lah lu orang boleh bermacam jeniskan tudung. berlilit2 bagai. awrrr

aneka tudung, aneka pilihan

5. Kenapa cun sangat?
haha. yang ni khas utk hanis zalikha, nora danish dan rozita che wan. lisa surihani dah tak ada dalam senarai. maafkan abang lisa. haha ha

oih, ok3, apahal ada love tu? 
apahal apahal apahal? * pengsan



p/s: ini bukan entry kutuk perempuan, gua nak tahu je, kenapa. peace. awrrrr


shawn razaleigh

Tuesday, 27 September 2011

Dari jauh macam WOW! Tapi dari dekat, WADEPAKK?

Assalammuailaikum

Kadang2 tak semua benda kita tengok tu indah. Dari jauh nampak macam Nora Danish, tapi dari dekat? dah macam hantu tetet. Ok2, contoh yang tak munasabah.haha

Sebelum bermula, gua sarankan lu orang nyanyi dalam hati  lagu tema pokemon utk entry ni.

1.  Dari jauh
Sebuah permandangan indah yang tiada tolok bandingnya.awrr

Dari dekat,
Binatang ini sedang berenang dalam air bersama awek di atas. 
Gua rasa gua tahu kat bahagian mana dia suka berenang. keh3. gatai na??

2. Dari jauh,
Ini hanyalah seekor semut yang mudah dipijak2 dengan selipar keluaran Bata.


Dari dekat,
err dah macam kena sms mintak tolong ultraman je?

3. Dari jauh,
sebuah kawasan berlumut yang tenang
Dari dekat
 wadepak. pokemon air ke hape ni?

4. Dari jauh 

telur omega 3 yang di agung2kan
Dari dekat

dinasour?????


5. Dari jauh
Gigi awak tersusun rapi, 
gigi taring awak buat i geram. 
Ok, sambil tgk2 gigi aberil ni, cuba lu sentuh2 sikit gigi lu guna lidah.

Dari dekat
best kan main sentuh2 gigi. ha ha ha
6. Dari jauh 
kucing yang sangat comel.

Dari dekat
 kucing comel bersama pokemon yg juga comel di badan

7. Dari jauh

ulat sampah yang dipandang hina

Dari dekat


Ulat sampah bertukar gaya. kacak dan comel. 
Bertaring seperti aberil labin pula tu.awrr

7. Dari jauh

fashion rambut yg naissss~
Dari dekat

kutu yang naissssssssssss~


haha. semua gambar pokemon di atas di ambil dari electron microscope then dicolourkan.
Gua dengar cerita binatang2 ni nak dijadikan haiwan2 baru dalam pokemon. Kutu Kepala i choose u.. awrrr. haha

Ha, ini lah masanya gua nak guna peribahasa dalam blog gua,
"air yg tenang jangan disangka tiada buaya".
selidik dulu yang indah tu, kot2 ada buaya atau pokemon2 seperti di atas

p/s: cikgu BM, bangga tak gua guna peribahasa dlm entry.kah3

shawn razaleigh

r k g fb like

r k g