Friday, 15 February 2013

5sebab tak boleh tidur malam

Assalammualaikum

Soal tidur bukan soal main-main.
Tidur merupakan ibadah serius yang tidak boleh dibawa bergurau.


Cerita lu orang-lu orang yang tidak boleh tidur ini
sangat membimbangkan hati dan perasan gua. *See, caring tak gua? guna perkataan bimbang tu. kahkahkah.
Konon-konon ada penyakit insomnia, susah nak tidur. wadepak? awrrrrr

Kenapa tak boleh tidur? Gua teka ini yang berlaku sebenarnya:




1. Nak jadi pandai macam AlbertEnstein
Study kencang, sampai lewat malam. Padahal esok punya kelas lu tidur jugak. zzzzh..

jilakak. gua color frame tingkap tak habis


2. SMS sayang menyayang cinta dikenang,
perasaan menjadi rindu wowowohhhh~

Kalau dah text-ing sebelum tidur tu mmg takkan habis
i love u, i love u too, i love u three, i love u four... i love u hundred thirty nine point seventy two, jadah!



3. Over-thinking
Dalam kepala otak fikir nak tidur.
Tapi otak asyik fikir benda-benda random. 
Entah apa-apa benda singgah kat kepala otak.
Kadang-kadang Ziana Zain pun keluar dalam otak.
(taktahu kenapa gua bagi contoh ziana zain. hmmm)
Fikir punya fikir, last-last dah pagi. nokarom



otak berfikir hingga pagi


4. Berangan melampau batas
Ini biasa perempuan punya kerja.
Lu orang duk fikir satu situasi yang perfect di mana lu adalah heroin.
Kalau boleh nak heroin drama petang-petang,
baru cunn dan sentiasa trending kat twitter time magrib. Awrrr



5. Internet yang terlampau laju.

Internet laju juga punca tak tidur malam. Duk bersidai kat laman sosial 24 jam
Ok cukup, membebel dah macam blog maknenek gua rasa. kahkah


nampak tak blog gua bagi mesej keagamaan. no porn. 
mesej agama weh bukan mesej iluminati.haha


Habis!
So, sekarang lu rasa sebab apa lu tak boleh tidur? keh3. (malas buat penutup entry)


p/s: -
kamus medik:
epiphora- ayaq mata kluaq tak henti-henti.


Shawn Razaleigh

Tuesday, 29 January 2013

Anak, Mak dan Bapak Ayam

Assalammualaikum


Pagi.
Sekitar awal 90-an.
Shawn Razaleigh,
seorang kanak--kanak riang
tinggal bersama Tok dan Wan beliau di sebuah kampung.



Kokokokokkkkkk (ini adalah bunyi ayam jantan berkokok)
tidur lena gua dirogol bunyi si ayam.
"Jilaka betul. Pagi-pagi ayam2 ni dah cari fasal dengan gua"
Marah punya fasal, gua bangkit itu jam juga. Ada yang perlu gua selesaikan.

Wan gua dan Tok gua yang sempoi

Sebelum keluar rumah,
Gua jenguk dapur.
Nampak cekodok. Hmmm..
Secara cepat-cepat dan sumbat-sumbat, cekodok ditonyoh ke lubang mulut.
Sekali sekala teh O panas tanpa gula disiram ke dalam mulut.
Maka bergaul mesra lah cekodok dan teh o dalam ruang mulut.


***
Cerita cekodok dan teh o bukan cerita utama. 
Itu sampingan je. Lu orang jangan fokus sangat baca part tu.
***

Jadi, gua pun keluar rumah sambil lidah gua aktif menyental saki baki cekodok di celah-celah gigi. 
"Ini hari keluarga ayam bakal sengsara" getus hati gua. 

Gua mulakan dengan bapak ayam.
Bapak ayam kat kampung gua suka bertenggek kat atas pokok rambutan.
Gua panjat pokok rambutan cepat2 dan halau semua bapak ayam.
Nah, sekarang pokok rambutan ni gua punya. Awrrrr

bapak-bapak ayam

Rasa tak cukup brutal. 
Lain hari, gua p cari mak ayam pula.
Ada sebuah kotak dekat bangsal.

Kotak yang memang dah dikhaskan buat mak ayam untuk mengeram telur. 
Dan dekat sebelah kotak tu ada spray can color biru yang gua tak tahu apa tujuan nya.
Gua capai spray tersebut dan pssssssshh, gua sembur ke kepala mak ayam.
kahkahkahkah, Hati gua gembira bukan sikit-sikit pada masa itu. kahkahkah lagi.


induk ayam kena spray


Tapi gua belum puas.
Gua kejar mak ayam yang lain pula. 
Kadang-kadang tu, gua yang kena kejar balik. Jadi gua tukar modus operandi. 
Gua target anak-anak ayam. 
Gua kejar sampai dua tiga ekor masuk jamban. 
Dan gua kunci pintu jamban rapat-rapat. 
Babi, kejam apa cerita ni? kahkahkah



Sabar, belum habis lagi oi. haha
Gua sambung kejar anak-anak ayam yang tinggal.
Geram punya fasal, gua baling dengan selipar. 
Barrr! kena! Terjelepuk dan tiada bergerak, gua teka kaki beliau patah mungkin. 
Takutkan kena marah dek Wan, gua gali tanah cepat2 dan tanam mangsa.
Kemudian siram kubur dengan air paip.



Dan begitulah cerita Shawn Razaleigh awal tahun 90-an.

"Ayam, kalau berani lain pagi berkokok-kacaulah gua tidur lagi".hiks




p/s: harap cerita ini dimoviekan. Macam cukup seram je. haha
kamus medik: strabismus- juling


shawn razaleigh


Sunday, 13 January 2013

Ayah, saya kena gantung sekolah


Assalammualaikum

Itu pagi,
gua sampai ke asrama gua dengan kereta berjenama Malaysia, Proton Waja silver bapak gua.
Gua salam cium tangan harum bapak gua, bau bedak orang muda-muda, Dashing
Boleh tahan remaja juga bapak gua ni. hikhik

Gua berjanjimanis pada bapak gua yang gua tak akan buat kesalahan lagi.
Laju-laju, tanpa berfikir panjang, gua terus masuk kelas gua,
Gua teka ramai kawan dah rindukan gua.

***
“Amacam cuti panjang? best?”
lebih kurang dialog KL gangster cara sindiran cikgu gua, Cikgu Sharil.

2minggu,
Tempoh cuti percuma yang ditawarkan pengetua sekolah atas kesalahan gua.
Kesalahan apa? Gua tak boleh cerita. Yang penting bukan merogol orang. Sekolah gua semua jantan beb.


“Kau ni mesti dulu dari sekolah agama kan?” Cikgu sharil menyambung lagi perlinya.
Perli yang ke-dua ni gua tak berapa faham sebenarnya. Secara kasar, dia nak tunjukkan yang budak sekolah agama ni problematic. Itu kot maksud beliau. 

Gua tetap tak hiraukan. 
Kawan2 gua sengih sahaja tengok gua. 
Rindu habis lah tu kononnya, 2minggu tak jumpalah katakan. Awrr  

***

Itu malam,
Gua pergi tengok bola (champions league) secara sembunyi-sembunyi.
Nak bersorak pun susah sebab sekolah gua memang mengharamkan pelajar tengok tv selepas pukul 11malam.
Jadi kalau nak bersorak tu, hanya gaya je diperlukan. 
Hanya gaya. Mutu dan keunggulan tiada. Apa lagi jeritpekik.


Tim Arsenal bermain cantik. Tgh cantik-cantik punya main, budak jerit, “cikgu G oih!”
Gua dan kawan-kawan gua, 
semuanya berlari menyelamatkan diri masing2. 

Power betul Cigu G itu masa. Daripada sepuluh, dia berjaya tangkap lebih kurang 7 orang.
Gua? Gua menyorok dalam bilik gosok, 
tempat junior2 selalu gosokkan baju gua (bukan buli) 


***
10 minit gua menyorok.
Satu tempoh yang agak panjang. 
Peluh mula mengalir celah tiyak, 
celah pungkok malah celah...okcukup, jijik pula gambarannya.kehkeh
Keadaan sudah tenang gua kira.
Gua keluar dari bilik gosok, 
sedang gua menarik tombol pintu, pada masa yang sama, pintu dikuak dari luar. 
Jibai! Mata betentang mata. Cikgu G senyum atas kejayaannya menangkap gua.


Cikgu G mulakan rundingan
“Kau ni dahlah baru kena gantung, buat masalah lagi. 
Kenapa kau tak tidur lagi?Aku bagi dua pilihan jawapan; A, kau tengok bola tadi, B, kau mencuri.”
Gua teka pilihan jawapan itu kejam. Tapi mudah.

“Saya tengok bola tadi cikgu, A”
Bibir cikgu G meleret senyum,
meleret sampai Yugoslavia dia punya senyum suka dengan jawapan gua.


Zasss~ rotan hinggap ke pungkok montok gua

Bedak jenama Dashing.
Harum tangan bapak gua pagi tadi tiba-tiba muncul di hidung gua. 
sobs maafkan gua bapak.
Janjimanis pagi tadi tak ditepati.


p/s: entri untuk bapak gua sebenarnya

p/s 2: "fynn jamal, biar" pencetus entry ini
Shawn Razaleigh